18 Zulhijjah 1431H/24 November 20102248My Room @ TSM SS25
____________________________________________________________________
Assalamualaikum w.b.t
Edisi Ilmu.
Sebab aku kerja di kilang buat Valve. Jadi aku kongsi lah berkaitan valve disini.
Valve merupakan satu alat (device) yang biasa digunakan untuk mengawal berkenaan pergerakan seperti pengaliran minyak, gas, air dan sebagainya. Valve di dalam BM dipanggil Injap (mcm xsedapkan).
Valve penting dalam industri pada hari ini. Kebanyakan indsutri menggunakan valve terutamanya dalam industri oil & gas. Valve akan mengawal pergerakan aliran bendalir di dala paip yang disambungkan.
Valve terbahagi kepada banyak jenis. Antaranya:
Ball Valve
Gate Valve
Butterfly Valve
Globe Valve
Check Valve
Floating Valve
Emergency Shut Down Valve
dan lain-lain.
Cukup setakat ini sahaja dahulu. Sukar untuk aku menaip dalam BM benda alah ni semua. Sebab ada term-term yang tak sesuai. Aku sambung lagi nanti. Adios.
My Room @ TTP
7.08 pm
26 Jamadil Awal / 10 Mei 2010
Assalamualaikum w.b.t
Nak sharing dengan semua.
Dalam banyak-banyak laman yang aku selalu 'godek-godek'. Tentulah laman aku yang paling aku sayang. Tapi korang tahu atau tidak, ada dua lagi laman yang aku sayang. Alhamdullilah, kedua-dua laman ini masih 'hidup' sehingga kini walaupun telah bertukar tangan sehingga tiga generasi.
Even, dua-dua laman aku sayang itu, usianya lebih 'tua' daripada laman aku sendiri.
Laman 1: CHEMICAL ENGINEERING SOCIETY (CHEST)
Credit aku bagi kepada MT CHEST 06/07, Exco Publisiti & Dokumentasi Saudara Muhammad Asraf bin Ab Rahim (Yapau). Hasil tekanan yang aku berikan, beliau berjaya menyiapkan laman ini. Akhirnya, sikit demi sikit aku bangunkan dan update latest isu berkenaan dengan CHEST ketika tampuk kepimpinan kami.
Bayangkan, aku ketika itu memang 100% tidak mahir dalam aktiviti mem'blog'. Tapi aku usahakan sehingga akhirnya aku sendiri yang mempunyai blog akibat ketagihan ketika itu.
Akhirnya, laman ini kami serahkan pada pewaris MT CHEST dan alhamdullilah, walaupun templetnya berubah mengikut citarasa MT semasa, namun laman ini masih kekal sehingga sekarang. Syabas untuk semua.
Sayang, jika aku terfikir untuk menyimpan templet asal laman tersebut, tentu dapat menyimpan memori yang lebih manis.
p/s: laman ni dah tiga kali bertukar kepimpinan
laman ni dibangunkan ketika MT 06/07. Time tersebut aku as President CHEST.
Laman 2: KELAB ORATOR UMP (ORATOR UMP)
Laman ini aku bangunkan sepenuhnya atas usaha aku sendiri. Sebab masa tu dalam committee tersebut, tidak mempunyai exco yang berkaitan. Jadi aku bangunkan sendiri.
Alhamdullilah, kini laman ini menjadi laman rasmi kepada kelab kesayangan aku. Segala informasi berkaitan kelab boleh di rujuk dilaman ini.
Seperti biasa, walaupun templet sudah jauh berbeza daripada asalnya, namun aku tetap berbangga. Masih ada usaha yang aku hasilkan digunakan sehingga kini. Terima kasih semua.
p/s : laman ni dah dua kali bertukar kempimpinan
laman ni dibangunkan ketika MT 07/08. time tersebut aku as President Kelab Orator
Kelab Orator formally known as Kelab Penukir Ilmu.
khai. M
Kelas Instrument, Measurement & Control Technology
2.25 pm 11 February 2010 / 27 Safar 1431 H
Assalamualaikum w.b.t
11 February 2010. Genap dua bulan sebelum aku pergi untuk meninggalkan tempat menambah ilmu. Pelbagai ragam manusia yang aku temui sepanjang aku berada disini. Baik yang baik, mahu pun yang tidak baik. Namun secara keseluruhannya mereka semua baik belaka.
Alhamdullilah, dapat rakan yang mengambil berat antara satu sama lain, dapat juga rakan yang menolong ketika susah. Walaupun mereka rata-rata lebih muda daripada aku, namun perkara tersebut tidak membezakan kami semua. Bergaul dengan ramah, bergelak ketawa bersama dan sebagainya.
Dua bulan bukanlah satu jangka masa yang lama. Aku pasti tidak lama lagi akan sampai masa untuk meninggalkan mereka semua. Seperti biasa, aku pasti sedih kerana keakraban kami seperti adik beradik. Jika dahulu aku menjadi perhatian dek kerana aku seorang student leader. Tapi kini aku menjadi perhatian kerana perkara yang mengarut. Kena-mengena antara kami seperti biasa. Yang penting jangan ambil hati. Gurau senda ini menceriakan suasana setiap hari.
Dulu masa yang ada aku isikan dengan study dan meeting society. Ke sana ke mari sibuk dan menyibukan diri. Kini aku lapang. Siang hari aku ke kelas, malam nya selain menghabiskan waktu seketika mencari tempat LI, sempat juga aku menonton bola sepak. Seronok dapat mencari waktu untuk diri sendiri. Mungkin semua ini telah ditakdirkan ke atas aku. Terasa lapang setelah usia meningkat sebigini.
Sekarang aku cuma berdoa agar mendapat tempat LI yang terbaik untuk aku dan rakan-rakan. Semoga semua masa depan kita cerah untuk mencapai cita-cita.
khai. M
Kini aku berada di UMP. Berehat selamat 3 hari setelah bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja di tempat LI. Keberangkatan aku ke UMP pun bukan dikira untuk berehat, tapi bagi menyudahkan misi aku yang belum selesai. Aku hanya mampu berusaha, tapi yang akan menetukan ALLAH yang Maha Besar jua.
Aku mengambil cuti agak awal setelah fikiran aku sudah tidak berada di tempat LI. Fikiran aku sudah berada di UMP untuk bertemu lecturer yang berkenaan bagi menyiapragakan diri ke medan perjuangan terkahir.
Tapi sebaik pulang nanti, aku pasti kerja-kerja sememangnya menimbun setelah pembahagian task baharu dijalankan dalam meeting pada hari semalam. Bertambah pening kepala aku. Tapi itulah kerja namanya.
Baiklah, bagi rakan-rakan yang akan menghabiskan minggu pertama LI, aku sarankan supaya tidak cepat bosan. Aku tahu, ada company yang kerjanya melambak-lambak, dan ada company yang kurang kerjanya dan ada company yang kita boleh jalan-jalan. Tapi ambil ini sebagai pengalaman kita bersama. Good Luck semua.
khai. M
Lima belas minit menunggu, Nadi Putra sampai. Perjalanan ke Putrajaya Sentral agak sunyi. Mungkin disebabkan hujung minggu. Hari orang ramai rehat. Terutamanya Putrajaya ini di duduki ramai oleh pekerja kerajaan.
Sampai di PS, RapidKL ke Pasar Seni sudah sedia untuk bergerak. Berlari-lari anak aku untuk menaiki E1. Bas hampir penuh. Ramai juga yang ingin turun ke KL hari ini. Mungkin masing-masing ada tujuan mereka sendiri. Aku terus mengambil tempat yang kosong kira-kira tiga kerusi dari belakang.
Bas meluncur laju. Pelbagai pemandangan indah di Putrajaya aku dapat menjamu mata sebelum sampai di persimpangan UPM.
Tiba-tiba aku menjadi sebak. Perasaan bercampur baur. Sedih, pilu dan rindu. Di sebelah RapidKl sebentar tadi baharu sahaja berlalu sebuah bus UPM. Rupa-rupanya...
Aku pilu, sedih dan rindu dengan universiti. Tempat aku mendewasa dan mematangkan diri. Bukan setahun dua aku disana, enam tahun. Satu jangka masa yang lama. Jika kanak-kanak sudah hampir baligh dan sudah boleh dipanggil mumaiyiz. Tapi masa yang pergi tetap berlalu. Aku akan jadikan apa yang telah aku pelajari di alam belajar tersebut untuk aku terus mematangkan diri dalam dunia sebenar. Insyallah.
Sambil melayan perasaan, tiba-tiba, rupanya aku telah terlelap. Sedar sahaja aku telah sampai di Terminal Sultan Mahmud(Pasar Seni).
Minggu ke tiga.
Minggu ini aku diberikan tugas untuk menyiapkan EMMP untuk company Lundin Petroleum. Projek ini untuk di PM308A dan PM308B. Blok-blok yang aku sebutkan tadi semuanya berada dalam perairan negeri Pahang.
Nampaknya tidak lama lagi, Pahang pun ada minyak juga. Harap ramailah dapat peluang bekerja di offshore perairan Pahang.
Itu sahaja yang boleh aku tulis. Mode untuk menulis memang tidak ada langsung. Tidak tahu ia hilang kemana. Nanti aku cari semula mood tersebut.
khai. M