Showing posts with label INSEP. Show all posts
Showing posts with label INSEP. Show all posts

Sunday, November 22, 2009

Novel

Dorsett Hotel, Plentong Johor Bharu. 10.49 am 22 November 2009 / 5 Zulhijaah 1430H
Assalamualaikum w.b.t Aku baharu sahaja selesai membaca dua lagi novel tulisan Ramli Awang Murshid. Kali ini ia bercerita mengenai semangat hutan Keningau. Namun seperti biasa, jalan penceritaan yang digarap bagi aku sebenarnya berkait dengan kemasyarakatan. Apa yang paling aku suka ialah perkaitan dengan sifat dan kebesaran ALLAH. Apa juga kehebatan yang diceritakan ia akan kembali pada ALLAH. Untuk kali ini aku telah menghabiskan Novel Semangat Hutan & Tombirou Terakhir. Sepatutnya masih ada novel awal iaitu Tombirou. Walaupun tidak lengkap trologi ini, namun aku faham bagaiman kisah ini diceritakan. Pada pandangan aku, cerita ini tidak sehebat 3 novel yang aku baca sebelum ini yang juga tulisan beliau iaitu Cinta Sang Puteri, Hijab Sang Pencinta dan lupa tajuk sebuah lagi trilogi kisah tersebut. Apa yang aku cari dalam setiap novel ini ialah sifat dan kebesaran ALLAH yang sangat di agungkan oleh setiap watak yang ada. Aku cadangkan untuk kalian semua juga membaca novel tulisan ramli awang murshid ini. Semoga pengajaran yang ada dalam novel ini boleh kita jadikan panduan hidup kita bersama. p/s: saja nak kongsi cerita. sebab tak tahu nak tulis apa. khai. M

Monday, November 2, 2009

Pasir Gudang

Entry pertama dari Pasir Gudang, Johor Bharu. Sungguh mencabar mental aku. Keadaan benar-benar tidak sempurna. Tiada pengurusan yang ambil tahu pasal kebajikan kami. Tidak seperti di GEMs. Kawan-kawanku melaporkan mereka semua duduk di chalet-chalet selesa. Dalam aircond dan sebagainya. Tidak kira mereka berada di lumut, PD mahu pun cherating. Mereka tetap dalam keadaan selesa. Aku tidak minta itu semua. Cuma fikirkan dan berikan sedikit kebajikan pada kami disini. Ditempatkan disekolah tinggalan, denga kemudahan yang serba serbi kekurangan. Dengan keadaan air yang berbau dan kurang bersih. Bilik yang tidak langsung mempunyai ciri-ciri keselamatan. Sangat menggusarkan aku. Itulah cabaran di sini. Gambaran untuk rakan-rakan se KUKTEM, keadaan tempat ini lebih teruk daripada KUKTEM 2003. Tidak mengapa, perjalanan aku seorang pelajar KUKTEM dan UMP memberi aku kekuatan mental untuk terus bertahan disini. Seperti biasa mendapat rakan-rakan baharu. Kebenyakannya lebih tua daripada aku. Bukan aku perasan muda. Tapi itu hakikatnya. Tapi yang aku paling tidak percaya, ada yang sudah bekerja 4 hingga 5 tahun sanggup berhenti kerja untuk mendapatkan sijil ini semata-mata. Besar pengorbanan mereka. Aku ada lebih kurang 8 bulan lagi di sini. ALLAH kurniakan kekuatan pada diri hambaMU yang lemah ini untuk terus berjuang demi masa depan yang cerah. Amen. Tapi.aku rindukan perniagaan aku. khai. M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...