Showing posts with label TW. Show all posts
Showing posts with label TW. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Maafkan ku Kawan

Assalamualaikum semua.

Semalam tak sempat nak coret-coret kat wall ni kan. Tak pa, hari aku sambung lagi la. Pasal apa ek? Pasal apa - apa aje. Kan ikut suka aku.

Aku nak mintak maaf dulu untuk kawan aku sorang ni. Aku masih belum sampai seru untuk sebutkan nama dia. Sebab keputusan ni bukan untuk diri aku sendiri, tapi disebabkan faktor luaran yang tak dapat dielakan.

Next next punya next punya next entry nanti baru aku sebutkan nama beliau. 

Ngantuknya rasa. Jom sleeping beauty dulu. Esok kena masuk office lagi. Kerja amal.

Choww.






Wednesday, January 4, 2012

Boss & Syibah

Assalamualaikum.

Scandal baru ke di opis ni. Lain macam je dengar kan..


TIDAKKKKKKK..



Aku just nak upload pic time sambut birthday mereka berdua minggu lepas.


HAPPY BIRTHDAY TO AHMAD RIDZUAN & NUR NASYIBAH.
MAY ALLAH BLESS BOTH OF YOU. AMEEN.











Night....zzzzzzz

Cinta Muka Buku

Assalamualaikum.

Apa ke jadah subject post kali ni.

Hahahaha. Ta de kaitan dengan sape sape pun. Cuma tak puas hati dengan diri sendiri. Sebab apa. Sebab nya kurang menulis dalam laman aku yang aku comel ni.

Konon-konon lah ada muka buku. Semua pun dah jatuh hati dengan muka buku. Asyik bercinta dengan muka buku. Tidur, makan, minum, borak, meluah perasaan, ayat-ayat ganaz, lucah, cinta, semua dengan muka buka. Sampai sedang berak pun masih dengan muka buku kan. Manusia manusia.

2011, aku hanya mampu buat 36 entry - pemalas benar
2010, 49 entry, kira rajin sikit lah time ni .
2009, 129 entry. Wow meriahnya. Sebab time ni aku masih student kan. Muka buku aku tak berapa nak kenal.

Aku harap tahun ni aku nak sambung cinta yang hampir terputus dengan si comel ni la. Tapi muka da juga. Tapi tak nak hangatkan sangat la.

Alright la bro. Chow dulu.

Da be da be duu...


Wednesday, November 16, 2011

Milik MU



Semuanya pinjaman semata.
Tidak lebih seperti aku menggunakan hak orang lain.


Bayarannya hanyalah lengkapkan amalan wajib dan perbanyakan amalan sunat.
Mudah?

Dengarnya memang mudah.
Namun adakah aku sudah berjaya mencapai nya?

Jawapannya BELUM.
Atas kesihatan yang DIA berikan, aku nasihatkan diri ku dan kawan-kawan yang lain untuk terus melakukan amalan kepadaNYA.


YA ALLAH kuatkan diri ku untuk terus membuat amal yang terbaik untuk MU.

HATI INI HANYA MILIK MU.

Saturday, October 22, 2011

TGIS

Assalamualaikum.

Sabtu.

TGIS. Korang tahu tak maksud dia apa?
Nak tahu pandai-pandai la cari. Tapi tak de kaitan dengan cinema tu.

Bangun-bangun.
Senam-senam
Solat Subuh
Pejam Mata Semula

Oh dah jam 8am.
Bangun-bangun
Salin pakaian.
Basuh Pakaian
Basuh Kereta
Basuh Motor
Sidai Pakaian
Siap-siap
Masuk Office.

APA?Masuk Office. Apa barang masuk office hari sabtu der.
Lantak korang la nak cakap apa.
Yang penting kerja aku siap.La.la.la.la

p/s: tak tahu nak tulis apa. Kan bagi komen politik, kena gantung kerja. Eh, kerja gomen ke?He.he.he.


Daaa~~~~

khai.M

Friday, October 21, 2011

Lagi Best..Ho..Ho..Ho

Assalamualaikum.

Owh, lama rupanya aku tak update any information di laman sesawang aku ni. Sudah berpurnama-purnama barulah mood tetiba datang nak update yang berkenaan je.

Bulan ini cukup enam bulan aku bekerja d Transwater API Sdn. Bhd. Malas nak story mory apa kerja aku buat kan. Nak tahu tanya la. Tapi for me, BEST. Dapat kengkawan yang supporting and boss yang bagus.

Kekadang kalau boss xda, aku pula yang xda mood. Satu hari wajib kena 'dating' dengan boss ni. Opss..Mean kena masuk mengadap la. No..no..no..Jangan salah faham pula kan.

Lagi best..ho..ho..ho..bukan nak cerita myv kuning tu ye...lagi best lagi best..lagi best..bulan ni patutnya aku confirm. Best sebab ada banyak cuti la..Hoooreeee.

Lagi..lagi..

House mate pun asyik tukar-tukar je sekarang ni. Ada yang kuar sebab kahwin, ada yang kuar sebab dapat keje, dan yang pasti kuar sebab balik universiti, sambung study semula la. Aku pulak akan kuar...Oh...tidak..tidak..aku belum nak keluar lagi ok. Nasib baik Matt ada. Walaupun jarang jumpa, tapi ada lah kawan yang aku kenali dalam rumah ni. Jarang jumpa. Hu. Hu. Hidup di kota metropolitan.. Macam ni lah. Kesian kan.

Apa lagi..

Dah la. Tak kan nak habis kan malam ni jg. Kasi mood tu bagi menggelora-gelora baru kita kasi tulis..OK?
Jawap sendiri lah..OK.

Daaa~~~~~

khai.M

Sunday, July 10, 2011

Jeng Jeng Jeng

10 July 2011
9 Syaaban 1423 H

Assalamualaikum w.b.t

Jeng3..lamanya aku tak menulis.

Owh..sudah lebih daripada sebulan. Tak pa lah nak buat macam mana. Tak ada mood. Bukan setakat aku tak menulis. Laman ikut suka aku pun aku tak jenguk. Punya la malas. Tetiba ada mood, lalu aku pun menulis.

1) Pra - Ramadhan.

Ye.ye.ye. Ramadhan dah nak datang. Barang di ingat bagi kengkawan wanita or ladys.cepat-cepat gantikan puasa last Ramadhan yang belum sempurna. Bagi aku dan kengkawan yang lelaki ni. harap puasa tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. 

Tahun lepas ketika Ramdhan, aku masih dalam probition, Ramadhan tahun ini pun sama, aku dalam probition kembali. Faham-faham lah kalau dalam probition, cuti susah sikit la. Kecewa kejap.

2) 6 July

Tanggal 6 July lepas ialah birthday boy. Birthday siapa? Birthday aku la. Thanks kepada semua kengkawan yang wish either via hp atau di muka buku. Aku doakan kalian sentiasa dirahmati ALLAH selalu. Ameen.

BTW, ada 3 lagi my sis yang birthday dalam bulan July. 
1 July : CT
2 July : Along
19 July: Kak Dah.

Happy birthday to all of you. Luve you so much. Muahhh.

3) 1 July

Date lagi. Date apa pula ni. Ha. kalau kengkawang nak tahu, 1 July lepas genaplah setahun aku bekerja d Shah Alam. Dalam masa setahun ni dah 2 company aku bekerja. Alhamdullilah, aku dapat bekerja dalam industri oil & gas. 10 bulan pertama aku berkerja buat Ball Valve. Sekarang aku buat Safety Valve pula. 
Safety Valve ni ngam sikit la dengan aku. Sebab final presentation time aku ambil sijil instrumentation di Pasir Gudang dulu memang aku buat PSV dan dapat best group presentation. 

4) Lagi.lagi

Tak dah yang lagi-lagi. Cuma aku nak wish Tahniah kepada kengkawan yang turun untuk walk for democracy -BERSIH 2.0- 

Chow...

Khai. M


Wednesday, May 25, 2011

Sebulan di TW

25 May 2011
22 Jamadil Akhir 1432 H


Assalamualaikum w.b.t

Sebulan.

Pejam celik sudah sebulan aku bertukar ke new company. 

Banyak juga yang aku belajar disini. Dulu buat ball valve, sekarang belajar pula pasal safety valve.

Best di sini sebab banyak training yang di providekan. Pilih sahaja apa training yang aku nak pergi.

Boss,

Erm, aku pun jarang-jarang jumpa boss. Boss memang bz bangat. Apa pun aku decide sendiri. Tapi buat masa sekarang aku selaju berbincang dengan senior-senior di sini. 

Oraitlah. Itu sahaja nak bagi tahu. Chowww..


-khai. M-

Sunday, May 8, 2011

BERTUKAR


5 Jamadil Akhir 1423 H
550pm




Assalamualaikum w.b.t
Ahad ku tidak ketat sangat minggu ini. Jadi aku ringan-ringankan tangan untuk update laman kesayangan aku ini. 


Entry kali ini masih berkisar tentang kehidupan ku kebelakangan ini. Bukan mudah untuk aku coretkan sesuatu di sini jika ikut kan mata aku yang asyik kuyu sahaja sejak akhir-akhir ini. Entah apa yang aku mengantuk sangat.

Baiklah. Kali ini aku dengan rasminya mengumumkan di laman ini yang aku telah dengan izinhNYA selamat bertukar. Bertukar? Tukar apa?

Selamat bertukat tempat kerja. 

MIR Valve Sdn. Bhd.

Setinggi penghargaan aku ucapkan kepada my Boss, Philip Wong. Banyak sangat tolong meng'build up' my career. Dengan kepercayaan yang diberikan, akhirnya aku dapat menjiwai segala gerak kerja as Technical Costing Engineer. 

Bukan mudah untuk aku menyaluti kepada otak ini berkenaan dengan pelbagai material yang ada di atas muka bumi ALLAH ni. Daripada basic material as Carbon Steel until Duplex SS dan lain-lain. Daripada forging material aku mengenali casting material. Daripada yield strength aku dapat tahu kelebihan setiapa material yang digunakan.

Ada juga entry-entry sebelum ini yang aku bercerita mengenai ball valve kan. Semua nya kerana pembacaan demi pembacaan yang aku buat selama aku di posisi TC Eng. 
Jika sebelum ini aku hanya tahu ASME B16.34 itu hanya surface sahaja, kini aku tahu pentingnya standard ASME B16.34 dalam dunia material. 
Sebelum ini aku tidak pernah dengar mengenai API 6D, kini aku sudah tahu bukan sahaja API 6D, tapi aku juga mengetahui berkenaan API6D SS dan API 6A. 

Banyak standard yang aku pelajari sepanjang aku di MIR. Terima kasih kepada Chuah KL and Siti Aishah. 
Banyak rupanya yang aku pelajari sepanjang di MIR. Tapi jodoh kami tak panjang, cuma sepuluh bulan sahaja aku bersama Engineering Department. Namun sepanjang disana, element kekeluargaan yang terbina menyebabkan aku senang untuk disamaping mereka.


Transwater API Sdn. Bhd.
Kini aku sudah bertukar syarikat. Masih lagi dalam dunia Valve. Jika di MIR aku bergelumang dengan ball valve. Kali ini aku bergelumang pula dengan Pressure Safety Valve and Pressure Relief Valve. 

Bermula semula episod pembacaan aku dengan standard yang dipakai. Contohnya API 520, API 526 and API 527. Jadi aku tidak lah boleh berceloteh panjang sangat kerana aku masih mencari rentak untuk memulakan dunia baharu. 

Di TW aku diletakan di Valve Division-Project.

Chhoooowww.

-khai. M-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...