Showing posts with label Macam2. Show all posts
Showing posts with label Macam2. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Ouchhh.!!!


Hi kawan-kawan.

Oh rupanya sebulan sudah aku tidak menulis. Sebab aku tak on lap top yang hansem ni dek kepenatan mencari sesuap nasi. 

Banyak sudah yang aku belajar berkenaan kerja aku sekarang ni. Alhamdullilah kepada kawan-kawan yang membantu aku memahami apa yang aku tak faham especially Dzul, Zul, Syamizan, Fatiah, Hafiz & KD. Mereka semua ni otai dalam bidang masing-masing. Mereka tak lokek untuk berkongsi ilmu setiap kali aku datang bertanya. Pendapat mereka sentiasa memberi aku idea untuk menyiapkan kerja-kerja aku ni. Terima kasih ye.

Semakin hari semakin banyak task yang tertangguh. Wow, kali ni memang agak mencabar. Sebab setiap task yang diberi memerlukan aku untuk aku study setiap helaian dengan tekun. Memang rasa macam zaman student. Lebih lagi daripada zaman student. Time student salah tak pa. Masih student kan. Kalau sekarang silap decision yang aku buat, memang kena tanggung sendiri la.


Sekarang tak dak software yang boleh bantu aku nak buat calculation macam aku kerja sebelum ni. Atau kawan-kawan yang boleh tolong pulak kirakan untuk aku kalau aku tak tahu. Ialah macam aku dengan Syibah tu. Sekarang otak yang sekecil 2 genggaman ini lah yang memainkan peranan. Kadang-kadang sampai malas nak suruh otak ni fikir. So kalau dah malas, aku akan balik on time je. Hahaha..

Aku terima cabaran ni as Engineer. Kannnn. Hope setiap decision yang aku buat tepat & betul dan yang paling penting dapat membantu project Tapis R ni berjalan dengan langsung nya. 

Last but not least, congrats and welcome to Pujah sebab dapat joint MMHE as coodinator tu. Wow!!! Tapi dia under Telok Project. Client masih sama, Exxon Mobile project je lain2.

Orait. Adios...



Sunday, January 8, 2012

Adoi Tersasul Pulak!!

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Erm..mesti ada yang masih guling-guling atas katil kan. Hujung minggu macam ni memang best untuk rehatkan diri. 

Semalam hot pula story pasal pembaca berita tersasul sebut nama PM Malaysia. Mana tidaknya, orang yang bakal dijatuhkan hukuman pada 901 boleh jadi PM. Agak-agak ini doa die ke. Eh tak la, memang die tersasul ni. 

Tapi pada aku, jangan la blam dia. Kesian pula aku nampak. Kalau aku jadi pembaca berita a.k.a duduk di tempat dia, may be aku juga tersasul sasul. Mana tidaknya, duk cerita pasal Anwar je. Otak aku pun jam nak cerna benda lain.

Walaubagaimana pun, beliau dah minta maaf. Semua tu sebab tak disengajakan. Jadi, mari mari kita maafkan beliau. 


Mana-mana penyokong tegar parti politik, sila jangan emo k. Bertenang sahaja. Kesilapan mengajar erti kehidupan. Tidak ada orang yang sempurna. Ewah..macam back up Jay pula kan. Hahaha.

PEACE NO WAR!!!




Wednesday, January 4, 2012

Suratan atau Kebetulan

Bismillahirahmanirahim.

Bercerita pasal hidup sendiri memang panjang berjela-jela. Mungin tak habis dalam satu atau dua hari. Itu pun kalau skip skip. Kalau yang full house punya story seminggu baru habis agaknya.

Suratan. 

Dalam hidup kita memang sudah Allah suratkan apa yang berlaku. Dalam kata lain qada' dan qadar. Erm..aku pun bukan arif sangat bab bab macam ni. tapi sebab kita beriman dengan qada' dan qadar maka aku yakin setiap suratan daripada Maha Pencipta.

Aku percaya semua kita melalui pengalaman hidup yang berbeza. Bak kata lain, itulah suratan nya. Namun boleh kah kita menukar suratan tersebut. 

Tidak pernah aku terfikir untuk menukar suratan. Yang selalu ligat di fikiran adalah mahu menukar taraf kehidupan aku dan keluarga. Macam mana. Berusaha cari duit lah. As anak lelaki kini aku mula rasa bebanan setelah bertahun-tahun bebanan tersebut di tanggung oleh kakak-kakak yang berhati mulia dan cantik-cantik belaka. Terima kasih Along, Kak Dah, Kak Ya, Kak Neck n CT. Dan macam biasalah perkara kedua yang duduk dalam otak ini ialah menukar kerajaan..opppp..terlebih sudah.

Suratan nya dah aku kesana. Maka aku berusalah untuk buat yang terbaik. Jika suratannya aku terus di sini, berada di sisi kalian, aku tetap akan beruasaha menjadi yang terbaik.

Kebetulan.

Bagi aku kebetulan ni macam tuah la. Kalau dalam Bahasa Melayu panggil LUCK. Tapi aku tak pernah pula kena LUCK LUCK ni. Mana tidaknya, kalau ada cabutan bertuah aku tak pernah kena pun. Sedih kan.

Kalau korang faham baca entry ni bagus la. Kalau tak faham baca lagi sampai faham.

Ok lah. Aku tak wish lagi kan.

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI.


Saturday, June 4, 2011

REJAB

4 Jun 2011
2 Rejab 1432 H

Assalamualaikum w.b.t

Tinggal lebih kurang dua bulan sahaja lagi kita bakal bertemu kembali dengan penghulu/ketua segala bulan, iaitu tak lain dan tak bukan ialah Ramadhan Al-Mubarak. Jika kita benar-benar menghayati bulan Ramadhan yang barakah ini, sebenarnya ia sangat mendidik dan mendisiplinkan diri kita semua. JOM kita membuat kebaikan atau dengan ayat mudahnya, kita melatih diri dengan perkara kebaikan dengan menambah amalan ibadah seperti berpuasa sunat, bertahajjud dan amala-amalan sunat yang lain. Kira bulan Rejab ni as a Pre-Ramdhan la.

Pra-Ramadhan ini akan dapat membantu diri kita agar benar-benar bersedia dalam mengharungi sebulan mendatang dalam bulan yang ALLAH buat untuk hambanya beramal soleh. Analoginya macam kita semua nak duduki SPM la. Kita pasti akan duduki trial dulu. Daripada result trial kita akan tahu damana kelemahan subject tertentu dan kita baiki untuk dapat markah yang lebih tinggi. Jadi Pra-Ramdhan pun begitulah. Kita melatih dan meperbaiki diri agar dapat menjalankan tanggungjawag nanti dengan lebih sempurna. 

Jom aku kongsi dengan korang semua.



REJAB bulan menabur benih. 
SYAABAN bulan menyiram tanaman. 
RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. 
SYAABAN menyucikan hatinya. 
RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. 
SYAABAN bulan muhibbah. 
RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

1. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

2.Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

3. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
4. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. 

5. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

6. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

7. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

8 Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

9. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL


-khai. M-


 

Sunday, May 22, 2011

La la la la ....

22 May 2011
19 Jamadil Akhir 1432 H

Assalamualaikum w.b.t

Kononnya macam under construction la kan. Tapi sebenarnya sebab tengah rajin-rajin nk update sikit-sikit. Mata tiba-tiba je mengantuk. Lalu dengan mudah nya aku pun letak ka under construction. 

Terima kasih la anep budak sengal yang rajin datang sini walaupun aku tulis under construction. 

Hari ni aku berjaya update sikit heading laman ni. Tak la nampak entah apa-apa kan. 

Rajin pula kan. Tapi homework belum siap ni. Erm....macam zaman study pulak. Weekend pun ada homework. Tapi tak pe lah. Pengalaman mengajar erti kehidupan. 

Jam pun dah sebelas ++, mata pun stim semacam ni. Bantal atas katil tu dah macam memanggil-manggil, mintak bermanja dengan aku ni. 

Orait. chaw chin chaw.

-khai. M-

Thursday, March 17, 2011

Rare Earth: Kuantan Bumi "Bertuah"


745pm
12 Rabiul Akhir 1432 H



Assalamualaikum w.b.t

Isu ini sebenarnya bukan baharu ditimbulkan. Aku sudah pun dengar sejak sebuah syarikat daripada Australia ini ingin mendirikan loji mereka di Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan.


Aku juga berminat pada mulanya untuk apply kerja di syarikat ini. Sebab dekat dengan rumah di Kuantan. Tapi setelah aku selidiki, aku sedikit kurang yakin kerana ia berkaitan dengan radioactif. Jadi aku sedikit cuak jika kejadian yang tidak diingini berlaku kalau aku dapat berkareer di sana. (Macam kompem je dptkan). Ini kejadian setahun lepas.

Aku tidak pernah pergi melawat loji atau kilang syarikat tersebut di Gebeng. Namun aku rasa macam dah nak siap agaknya. Namun akhirnya alhamdullilah, ada juga warga-warga kuantan khususnya dan Malaysia amnya yang prihatin terhadap perkembangan kilang ini.Mengikut kata MP Kuantan, beliau pernah membangkitkan isu ini di Parlimen a.k.a Dewan Rakyat buat pertama kalinya pada 18 November 2008. Namun projek ini masih diteruskan.

Jika korang mahu tahu, isu ini akhirnya telah 'terbang' keluar dari Malaysia apabila wartawan New York Times telah dengan cantiknya landing di Kuantan dan membuat penyelidikan berkenaan refinery of rare earth ini. Seterusnya berita/rencana ini telah terbit di NYT pada 7 November 2010 (eh betul ke date ni.x sure plk). Maka bila isu ini dah panas-panas tahi ayam di ruang udara, maka barulah rakyat Malaysia yang duduk jauh sikit dari Kuantan mengetahui akan isu ini.

1)  What are Rare Earth:

Rare earth also called the Lanthanides. Group element in Periodic Table beginning with Atomic no. 57 - Cerium - through 71 - Lutetium -. However, due to elemental and commercial association rare earth typically include Yttrium, Thorium & Scandium.

However, due to elemental and commercial association rare earths typically include Yttrium, Thorium and Scandium


2) Why Rare Earth Makes Important:

Because improved performance in the material properties for many metallurgical alloys, electrical conductivity & Instrument sensitivity. Some cases a mechanical or physical change in form or function.

3) Commercial Application:

- Cell phones
- The Blackberry
- iPods
- Computer Hard Drives
- Colour TV
- Fiber Optics
- Advanced Electrical Motor
- X-Ray Equipment
- Etc..

4) Important Part: Kenapa Rare Earth BAHAYA.


Kesimpulannya, biarlah negara China sahaja yang mengeluarkan bahan ini walaupun kita tahu kepentingan nya untuk perkembangan teknologi manusia. Kalau tidak pun, biarkan Australia sahaja menghasilkan bahan ini di negara mereka. Tidak perlu untuk bersusah payah memudik rare earth ke Malaysia. 

Walaupun pendapatan Negeri Pahang 'mungkin' bertambah dengan pembinaan kilang ini, namun ingatlah kesan jangka panjang yang bakal kita dan generasi akan datang tempuhi.


-khai. M-


Sunday, February 27, 2011

DIA BUKAN PEMIMPIN CEMERLANG

My Laptop @ TSMSA
1048
24 Rabiul Awwal 1432 H / 27 February 2011


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah pemilihan MPP di UMP telah selesai. Aku memang tidak terlibat apa-apa dengan pemilihan ini. Iyelah tak kan muka tak malu as alumni nak masuk campur. Pandai-pandai lah mereka memilih pimpinan mereka. Tugas aku sekarang ini memiliah pimpinan negara pula.

Cuma ada sorang dalam calon-calon umum yang bertanding memang aku tidak puas hati. Berikut aku berikan sedikit butir diri beliau.

ID No. : EC09086
Jawantan time aku kenal : Pengarah Expo Niaga
Kawasan bertanding : Umum
Status: Kalah

Berikut sebab kenapa aku tidak puas hati dengan beliau.

1) Kes nya mengenai tapak expo niaga 2010.

Seperti 3 tahun yang sebelumnya, aku berniaga bunga sempena expoconvo . Tahun lepas aku seperti biasa menunggu procedure untuk membuat tempahan di gerai konvo. 

Procedure:
1) Unit Usahawan (ketika itu)/JK Exponiaga akan keluarkan announcement di memo. 
2) Aku akan dapatkan borang di unit berkenaan.
3) Siap isi borang, hantar dengan bayaran yang ditetapkan.
4) Tunggu tapak yang akan disediakan.

Namun procedure tersebut tidak ada sehingga tarikh convo sudah hampir tiba. Setelah mendapatkan maklumat mengenai person in charges yang terlibat, lalu aku menilifon beliau.

Ringkasan perbualannya begini. Beliau mengatakan:

1) Tawaran lot gerai sudah dikeluarkan macam biasa.

Jawapan aku: Memang ada keluarkan announcement. Tapi semasa mereka keluarkan tawaran. Tapak gerai bunga awal-awal lagi mereka dah tutup. Tak ada tawaran pun dibuat. Mana ada ketelusan kerja disini. 

Aku mendapat tahu, salah tiga tapak gerai bunga diambil oleh mereka sendiri. Bila aku tanya. Beliau menjawab itu hak mereka untuk buat macam 2. Baiklah tidak mengapa. Yang paling aku terkejut.

2) Berapa percent keuntungan yang u dapat u bagi pada expoconvo.

Jawapan aku: Terkejut. Sejak bila pula ada nak kena bayar duit 'bawah meja' baru boleh dapat lot gerai? Kan bayaran dah ditetapkan dalam borang permohonan. Kenapa nak bagi percent lain pulak. Dia jawab sebab expoconvo sebelum-sebelum ni rugi. Aku beristigfar. Bukankah ini satu bentuk rasuah. Kena bagi duit lain pula baru boleh dapat lot gerai. Beginikah pemimpin yang buat kerja telus. Siapakah yang mengeluarkan arahan supaya percent keuntungan dibahagikan lagi dengan ecpoconvo selain bayaran sewa gerai. 

Akhirnya, setelah campur tangan pihak staff (terima kasih aku ucapkan), aku berjaya dapatkan lot gerai. Tapi barang di ingat, aku berniaga untuk mencari dana bagi Alumni UMP. Bukan semata-mata untuk diri sendiri. Maknanya aku mencari dana untuk persatuan yang beliau sendiri wajib menjadi ahli sebaik tamat pengajian di UMP. Maka duit tersebut juga akan mengalir ke program-program yang bakal dijalankan unutk beliau juga.

Bila bayaran nak dibuat.

1) Beliau bagi acc CIMB beliau sendiri.

Pelik Sepanjang aku memegang jawatan, persatuan tersebut tentulah mempunyai acc sendiri. Lebih-lebih lagi expoconco. Bila aku tanya kenapa pakai acc personnel. Beliau jawab. Bendahari UMP benarkan. Lagipun katanya kalau duit masuk bendahari susah kami nak keluarkan.

Susah atau senang anda yang kena uruskan. Yang penting mesti ada accountability. Mereka perlu berbincang dengan bendahari untuk mengurang birokrasi dan sebagainya. Barulah orang boleh percaya anda. Kepercayaan aku makin kurang.

Akhirnya aku contact sendiri staff yang terlibat untuk maklumkan aku akan bayar cash sahaja. Alhamdullilah beliau setuju.

Kesimpulannya: 

1) Beliau adalah manusia yang tidak bertolak ansur.
2) Mementingkan keuntungan semata-mata.*
3) Tidak ada ketelusan dalam menjalankan kerja. 
4) Susah untuk dibawa berbincang. 
5) Pentingkan diri untuk menunjukan beliau yang terbaik.

Enrty ini bukanlah untuk mengutuk beliau. Itu aku tak sebutkan nama & upload pic beliau. Tetapi adalah untuk:

1) Ketidakpuasan hati aku bekerjasama dengan beliau.
2) Untuk beliau bermuhasabah pendekatan sebagai seorang leader.
3) Bekerja dengan lebih telus.
4) Untuk pengajaran student leader di UMP.


Enty ni dah lama. Cuma tersimpan dalam draft. Sebab bz. So aku just uplod dan masukan sedikit info semasa.

Sekian. 

-khai. M-



Sunday, February 13, 2011

Agent AIA




Assalamualaikum

Mahu la aku bercerita, last thursday, ada seorang mamat ni call, katanya dia daripada AIA Insurans.
AIA: bla..bla..
Aku: orait, saya dengar.
AIA: bla..bla..(10 min dah dia bercakap)
Aku: xpa, saya dah ada banyak insurans.
AIA: syarikat mana.
Aku: xperlu rasanya awak tahu. lagi pun saya ada simpanan juga dalam unit trust.
AIA:  jadi boleh saya tahu alamat en untuk saya hantar cover note.
Aku: xpa lah saya x berminat lagi sekarang.
AIA: en kena ambil skim ni
Aku: xpa2..saya x berminat.
AIA: eh en, no point kalau en banyak simpanan & invest dlm uni trust pn. en kena ambil AIA ni    
        juga...en ingat yang laen itu bagus ke..bla..bla..bla..bla..
Aku: (dlm hati, eh mamat ni boleh nk burukan company laen)

Then terus je putuskan talian.

Aku pun berfikir. Ada juga wkil insurans macam ni. Tidak dapat menerima penolakan dan tak tahu berbudi bahasa. 

Sepatutnya dia tidak ada hak untuk memburukan company lain dan dia tidak ada hak untuk paksa aku ambil skim dia. 

Pelik. Aku doakan dia berjaya nanti.


khai. M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...