Hi geng...dalam masa2 free ni...gatal pulak aku nak coret2 kat wall aku ni.
Lari?
Mesti 1st interpretation korang pasal lari kerja kan?
Hahaha..bukan lah. Maksud aku lari daripada menjadi penulis tegar kat wall blog masing2. Time mula aku buat blog, aku antara orang terakhir buat. Tak pandai sangat nak ber sosial di blog kan.
Tapi now kawan2 yang buat blog lagi awal daripada aku pun dah tak menulis.
Mana tidak nye, aku tengok last mereka tulias 'last 3 yrs'..lama tu kan.
Sebabnye now apa2 pun mereka taip kat wall FB masing2 je. Malas kot nak log in account ni n taip panjang2.
Orite..chow dulu..
khai.M
Showing posts with label Member. Show all posts
Showing posts with label Member. Show all posts
Sunday, February 1, 2015
Sunday, September 30, 2012
Akimura Chan & Reimei Chan
Assalamualaikum.
Jumaat malam sabtu yang lepas sempat Zul arrange kan farewell party untuk Akimura Chan & Reimei Chan. Mereka berdua ni aku kenal time nk pergi hiking ke Gunung Kajang yang lalu. Tapi sebab Reimei Chan tak follow aku just rapat dengan Akimura Chan je la.
Start esok Akimura akan mulakan kerjaya baru di company keduanya setelah empat tahun meyambung bidang pengajian di MMHE. Empat tahun beb. Memang patut dah die bergraduasi daripada MMHE. Dah dapat degree kan. Nak tahu die ke mana. Nun jauh di sebuah pulau. Mana? Pulau Indah di Klang. THHE. TH Heavy Engineering. Rupanya die masuk competitor. Gaji boleh tahan masyuk. So sape rasa nak keje THHE, silalah hantar resume ke Akimura HR THHE sendiri.
Reimei? Die pulak berangkat ke consultant. Ke PRW. Masyuk juga kan. Reimei pun almost 4 yrs d MMHE. So kiranya die pun bergraduasi untuk dergree yang kedua la.Reimei aku pun nak masuk sana. Ko tolong adjust se meja untuk aku ye. Tapi aku nak habiskan Tapis R ni dulu.
Apa-apa pun, korang ingat pesanan Zul yang montel tu. "Kerja rajin-rajin. Aku yakin korang boleh. Jangan lupakan kami di sini".
Pesanan aku 'All the BEST bros'
Tag:
Emas,
Member,
Pasal Aku,
Pasir Gudang
Saturday, April 14, 2012
Ouchhh.!!!
Hi kawan-kawan.
Oh rupanya sebulan sudah aku tidak menulis. Sebab aku tak on lap top yang hansem ni dek kepenatan mencari sesuap nasi.
Banyak sudah yang aku belajar berkenaan kerja aku sekarang ni. Alhamdullilah kepada kawan-kawan yang membantu aku memahami apa yang aku tak faham especially Dzul, Zul, Syamizan, Fatiah, Hafiz & KD. Mereka semua ni otai dalam bidang masing-masing. Mereka tak lokek untuk berkongsi ilmu setiap kali aku datang bertanya. Pendapat mereka sentiasa memberi aku idea untuk menyiapkan kerja-kerja aku ni. Terima kasih ye.
Semakin hari semakin banyak task yang tertangguh. Wow, kali ni memang agak mencabar. Sebab setiap task yang diberi memerlukan aku untuk aku study setiap helaian dengan tekun. Memang rasa macam zaman student. Lebih lagi daripada zaman student. Time student salah tak pa. Masih student kan. Kalau sekarang silap decision yang aku buat, memang kena tanggung sendiri la.
Sekarang tak dak software yang boleh bantu aku nak buat calculation macam aku kerja sebelum ni. Atau kawan-kawan yang boleh tolong pulak kirakan untuk aku kalau aku tak tahu. Ialah macam aku dengan Syibah tu. Sekarang otak yang sekecil 2 genggaman ini lah yang memainkan peranan. Kadang-kadang sampai malas nak suruh otak ni fikir. So kalau dah malas, aku akan balik on time je. Hahaha..
Aku terima cabaran ni as Engineer. Kannnn. Hope setiap decision yang aku buat tepat & betul dan yang paling penting dapat membantu project Tapis R ni berjalan dengan langsung nya.
Last but not least, congrats and welcome to Pujah sebab dapat joint MMHE as coodinator tu. Wow!!! Tapi dia under Telok Project. Client masih sama, Exxon Mobile project je lain2.
Orait. Adios...
Tag:
Emas,
Hibur Hati,
Macam2,
Member,
MKA,
MMHE,
Pasir Gudang
Sunday, May 22, 2011
La la la la ....
22 May 2011
19 Jamadil Akhir 1432 H
Assalamualaikum w.b.t
Kononnya macam under construction la kan. Tapi sebenarnya sebab tengah rajin-rajin nk update sikit-sikit. Mata tiba-tiba je mengantuk. Lalu dengan mudah nya aku pun letak ka under construction.
Terima kasih la anep budak sengal yang rajin datang sini walaupun aku tulis under construction.
Hari ni aku berjaya update sikit heading laman ni. Tak la nampak entah apa-apa kan.
Rajin pula kan. Tapi homework belum siap ni. Erm....macam zaman study pulak. Weekend pun ada homework. Tapi tak pe lah. Pengalaman mengajar erti kehidupan.
Jam pun dah sebelas ++, mata pun stim semacam ni. Bantal atas katil tu dah macam memanggil-manggil, mintak bermanja dengan aku ni.
Orait. chaw chin chaw.
-khai. M-
Tag:
Emas,
Macam2,
Member,
Ntah Apa-Apa
Thursday, February 3, 2011
HAPPY CNY 2011
My Laptop @ TSMSA
1833
30 Safar 1432 H / 3 February 2011
1833
30 Safar 1432 H / 3 February 2011
Assalamualaikum w.b.t
Aku nak wish Happy Chinese New Year to all my Tiong Hua especially my friend Rhi Haw (eh betul x spell nama mamat ni), Wei Chek, Elein, Qio Hui, Kelvin Chong, dan yang lain.
Also to my boss Philip Wong & Farid Chia. My click KL Chuah.
HAPPY CHINESE NEW YEAR !!!!
khai. M
Wednesday, August 11, 2010
Puasa as Student
My Room @ PASA26
0706
1 Ramadhan 2431H/ 11 Ogos 2010
Assalamualaikum w.b.t
Susah benar untuk aku coretkan dan conteng di laman ini. Bukan aku tidak mahu, bukan idea tidak ada. Semua cukup belaka. Namun ada sesuatu yang mengatasi semua itu. Tapi biarkan rahsia.
Berbicara dengan Ramadhan yang mulia. Tidak ada kenangan yang kelakar dan lawak boleh aku sot-set sot-set kan dengan kawan-kawan semua. Tapi aku tidak lupa, kenangan 6 tahun aku bergelar mahasiswa. Cukup indah untuk di kenang.
Aku kini rindukan ramadhan bersama rakan-rakan di universiti. Kenapa? Hanya jauhari yang mengenal manikam. Masalahnya manikam puasa ka.? Ha3.
Kawan-kawan ku sekalian, walau aku tidak menghubungi kamu semua, saat manis di bulan ramadhan tetap aku ingat sampai bila-bila.
Untuk sahabat-sahabat baik ku, Yaya, Pja & Fariz, adakah tahun ini sempat untuk kita berbuka bersama & buat aktiviti gila-gila? Aku rindukan saat itu.
-khai. M-
Tag:
Hibur Hati,
Member,
Ntah Apa-Apa,
Pasal Aku
Saturday, June 5, 2010
Story Mory
My Room @ TTP
2.02 pm
22 Jamadilakhir 1431 H / 5 June 2010
Assalamualaikum w.b.t
Susah pulak mahu mencari mood ni. Ntah mana-mana beliau pergi. Bila baca blog member-member, mood tiba-tiba datang melawat. Tapi bila dah log on dashboard sendiri, mood dah pulang tanpa maklumkan pun.
Akhirnya ini lah jadinya. Apa-apa aja yang aku taipnya. Nak story mory berat-berat. Malas mahu pikir-pikiran.
Adoi!!!. Tunggulah bila mood akan datang lagi. Tapi yang pasti mood yang hilang hanya mood tulis menulis, lain-lain modd masih stabil.
Jap-jap. Mula minggu ni, edisi berpasang-pasangan dah mula. Erm, aktiviti majlis nikah dan kawin la. Adoi ramainya kawan-kawan yang bina masjid. Tak terkejar aku di buatnya. Nun, dari utara ke tengah dan dari timur ke tengah (tengah=KL ja. Sebab di Selatan dan Barat Tiada jemputan).
Kepada rakan-rakan ku sekalian, aku akan cuba untuk datang dan raikan, tapi kalau aku tak datang, maaf lah. Erm, setakat aku tak datang, tak luak kan majlis korang. Tetap meriah. Kan, kan,kan?Tapi dah di jemput, aku wajib datang.
La ni nak bina masjid bukan murah-murah. Mahal oi. Batu-batan kena pakai bertan-tan, simen lagi, konkrit dan sebagainya. Kalau nak bina masjid ni boleh cari sponser, aku dulu dah kuarkan surat minta sponsor. Eh. aku pulak macam nak kawen. Belum-belum. Insyaallah kalau dah sampai seru, adalah nanti.
Oraitlah. Adios.
khai. M
Tag:
Hibur Hati,
Hukum ALLAH,
Member,
Pasal Aku
Sunday, May 2, 2010
Kisah Di Sebalik Percintaan - AKHIR
My Room @ TTP
1.05 pm
18 Jamadil Awal / 2 Mei 2010
Assalamualaikum w.b.t
Akibat simpanan yang dilakukan oleh Azhari berlebih-lebih, beliau terpaksa mengekang semua perbelanjaannya. Bukan sahaja tidak dapat bersosial bersama rakan-rakan sekerja, lebih teruk lagi, beliau sanggup mengikat perut tidak makan atau hanya makan maggi sahaja setiap hari sehingga pendapatan bulan berikutnya. Begitulah keadaan beliau setiap bulan.
Azhari bernasib baik kerana rakan-rakan seapartment beliau juga jenis yang berjimat cermat. Mereka telah merancang untuk masak sendiri di apartment mereka untuk lebih berjimat. Namun dek kerana kepenatan bekerja, ada masa-masa mereka tidak dapat untuk menjalankan aktiviti memasak dirumah dan makan diluar sahaja.
Bagi Azhari makan diluar itu menyakitkan. Kerana beliau benar-benar tidak mampu. Dalam wallet benar-benar 'kering'. Apakan daya dek kerana berjimat tanpa rela. Oleh sebab yang demikian, beliau sering memaksa rakan-rakan untuk turut makan dirumah. Ini kerana beliau sebenarnya kurang mahir untuk memasak. Akhirnya, rakan-rakan beliau kurang senang dengan tindakan sedemikan kerana beliau seperti turut memaksa rakan-rakan yang lain untuk serta dalam process 'mengikat perut' tersebut.
Rakan beliau sememangnya faham akan keadaan beliau yang ingin melangsungkan perkahwinan dengan segera. Namun apa yang menyebabkan rakan-rakan lain kurang senang ialah tindakan Azhari yang terlampau mendengar kata-kata Humairah dalam sebarang tindakan yang diambil.
Azhari dan Humairah sering kali juga bergaduh di atas talian. Semata-mata mengenai duit simpana antara mereka. Humairah seringkali meninggikan suara dan memarahi Azhari ikut hatinya. Azhari tetap bersabar. Mereka berdua ini juga tidak lepas daripada telefon masing-masing. Baharu sahaja 3 minit habis bercakap di talian, mereka akan kembali membuat panggilan. Adoyai apakan daya. Bab bil telifon sememangnya mereka tidak sedar yang mana mereka membazir puluahn atau ratusan ringgit dek kerana ber'gayut' saban waktu dan ketika.
Begitulah kehidupan Azhari dan Humairah setiap hari. Apa yang pasti keadaan ini menyebabkan rakan Azhari tidak senang. Walaupun sudah banyak kali ditegur, namun masuk telinga kiri, mAsuk telinga kanan, keluar terus ikut hidung. Hanya buang masa bercakap dengan Azhari dan nasihat hanya umpama curah air ke daun keladi.
~~Sekian~~
Moral of the story:
- Kalau ingin memilih bakal isteri pilihlah bagaimana yang telah digaris panduan oleh Islam.
Perempuan yang beragama lagi Solehah
Sabda Rasul ALLAH:
تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لارْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Seorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya atau agamanya, maka hendaklah kamu mengambil yang beragama jika tidak binasa tangan engkau yakni jadi papa lah engkau. Dalam Kisah Disebalik Percintaan, Humairah sering memaksa dan meninggikan suara terhadap Azhari. Cuba renung-renungkan, jika sebelum kahwin lagi, seorang bakal isteri sanggup untuk melakukan sedemikian, adakah selepas berkahwin nanti beliau akan meninggalkan akhlak tersebut? Jika sudah sebati dengan diri beliau susah benar untuk di 'remove' kannya. Percayalah, jika keadaan ini berterusan, rasa hormat wanita pada sang suami sudah terhakis. Si wanita sudah tidak hormat sang suami dan akhirnya, bermulalah bibit keretakan rumah tangga. Waizubillah. Mintak ALLAH jauhkan perkara tersebut daripada diri aku. Maka fikir-fikirkanlah. Apa sebenarnya tujuan kita mendirikan masjid. Adakah untuk sex semata? Atau belaian kasih sahaja. Adakah dengan adanya perkara ini sudah cukup membahagiakan semua manusia? Jika benar ini membahagiakan semua, kenapa perkara halal yang paling dibenci ALLAH terus berlaku? Maka balik lah kepada ISLAM. ISLAM sudah memberi panduan untuk kita semua. Ikutilah, InsyaALLAH masjid kekal selamanya. p/s: 1) kalau belum mampu jangan kahwin lagi 2) kalau dapat wanita yang mengongkong, memaksa dan suka meninggikan suara, akan aku sendiri lepaskanya. engkau pergilah cari lelaki lain. 3) Doakan aku dapat wanita yang faham hukum hakam dan mempunyai Iman yang teguh. Seperti si dia sekarang (M). Ameen. 4) Kisah ini rekaan sahaja. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Hanya untuk mengisi masa terluang. khai. M
Tag:
Hukum ALLAH,
ISLAM Syumul,
Member,
Ntah Apa-Apa,
PG
Tuesday, April 27, 2010
Kisah Di Sebalik Percintaan 2
My Room @ TPP
6.48 am
29 April 2010 / 15 Jamadil Awal 1431 H
Sambungan, next entry.
khai. M
Assalamualaikum w.b.t
Pendapatan Azhari agak lumayan. Lebih-lebih lagi berstatus engineer dan masih bujang serta tiada tanggungan. Azhari mula menyimpan untuk kerja-kerja kahwin yang akan dijalankan dalam masa yang telah dirancang. Azhari menyimpan lebih separuh daripada pendapatannya semata-mata untuk hari bahagianya.
Budaya menyimpan yang dilakukan oleh Azhari sememangnya satu budaya yang bagus. Apatah lagi amalan ini sememangnya dapat menjamin masa depan yang lebuh stabil. Ini kerana jika Azhari berfikir, jika beliau membuat pinjaman maksudnya perkahwinan yang berlangsung akan bersifat negative daripada aspek kewangan.
Humairah juga melakukan perkara yang sama. Namun simpanan yang beliau lakukan tidaklah sehebat yang dilakukan oleh Azhari. Sebenarnya, simpanan yang dilakukan oleh Azhari adalah hasil paksaan Humairah. Ini kerana Humairah berkeras mahu mereka berkahwin seperti yang dirancang.
Simpanan Azhari sebenarnya melebihi daripada perbelanjaan bulanan beliau. Mesti fahamkan ayat ini. Maksudanya, perbelanjaan Azhari sebulan adalah tidak mencukupi dek kerana mengikut kata kekasihnya. Walaupun begitu beliau masih terus untuk menyimpan agar perkahwinan mereka dapat dilangsungkan.
Apa yang berlaku ialah....
Tag:
Hukum ALLAH,
ISLAM Syumul,
Member,
Ntah Apa-Apa,
PG
Sunday, April 25, 2010
Kisah Di Sebalik Percintaan
My Room @ TPP
11.56 pm
25 April 2010 / 11 Jamadil Awal 1431 H
Assalamualaikum w.b.t
Azhari (bukan nama sebenar) baharu sahaja berjaya mendapat kerja yang di idamkan. Bekerja di syarikat besar dan berstatus besar memang menjadi impian beliau sejak di bangku sekolah lagi. Kini Azhari berjawatan engineer di syarikat P.
Humairah (bukan nama sebenar) baharu sahaja terpaksa berpisah dengan kekasihnya buat sementara waktu kerana kekasihnya memulakan kerjaya di sebuah syarikat di negeri lain. Humairah juga berstatus engineer, namun hanya di syarikat biasa sahaja di sebuah negeri M.
Azhari dan Humairah sebenarnya pasangan kekasih. ALLAH menemukan mereka melalui rakan masing-masing ketika di alam pengajian. Setelah berkawan hampir setahun mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Ini kerana Humairah melihat ramai rakan-rakan ketika belajar dahulu telah mendirikan rumah tangga. Beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk turut sama merasai kenikmatmatan membina masjid menuju jalan redha ALLAH.
Namun dalam masa yang sama, Azhari dan Humairah sebenarnya belum bersedia daripada aspek material. Kerana masing-masing baharu sahaja memulakan kerjaya mereka. Namun dek kerana tidak mahu dikatakan lambat kahwin dan sebagainya, Humairah berusaha meyakinkan Azhari untuk berkahwin dalam masa setahun daripada tarikh mereka bersetuju untuk berumah tangga. Dek kerana belum bersedia daripada aspek material, Azhari tidak berhasrat untuk mengikat apa-apa ikatan bersama Humairah walaupun beliau menyanyangi kekasihnya.
Setelah berpindah ke syarikat P, Azhari menetap bersama-sama rakan sepengajian yang turut mendapat kerja di syarikat P. Azhari awal-awal lagi sudah maklum kepada rakan-rakan yang mana beliau diajak oleh kekasihnya berkahwin dalam masa yang mereka tetapkan. Rakan beliau gembira kerana perkara tersebut mencegah daripada berlakunya sebarang kemungkaran.
Pendapatan Azhari agak lumayan. Lebih-lebih lagi berstatus engineer dan masih bujang serta tiada tanggungan. Azhari mula menyimpan untuk kerja-kerja kahwin yang akan dijalankan dalam masa yang telah dirancang. Azhari menyimpan lebih separuh daripada pendapatannya semata-mata untuk hari bahaginya. Sehinggakan pendapatan bulanannya mencecah angka.......
Sambungan, next entry.
khai. M
Tag:
Hukum ALLAH,
ISLAM Syumul,
Member,
Ntah Apa-Apa,
PG
Thursday, December 31, 2009
Dua Kosong Kosong Sembilan ke Dua Kosong Satu Kosong
Kelas Instrument, Measurement & Control Technology
2.07 pm
31 Disember 2009 / 14 Muharram 1431H
Assalamualaikum w.b.t
Uish..tamat sudah tahun dua kosong kosong sembilan. Pelbagai rintangan telah ku dan dan rakan-rakan lalui sepanjang tahun ini. Tentu sekali kamu semua begitu juga.
Tidak perlu aku mencoret satu persatu semua kejadian yang berlaku bermula 1 Januari 2009 sehingga 31 December 2009 namun satu sahaja perkara yang paling aku sedih. Aku sudah tamat pengajian. Kini aku bukan lagi seorang PELAJAR.
Walau pun kini aku masih belajar, namun ini semuanya adalah kursus untuk bekerja semata. Kini aku kehilangan rakan-rakan suka duka. Aku kehilangan gelak tawa mereka. Aku kehilangan gurau senda mereka. Aku kehilangan tempat untuk mengadu domba. Aku kehilangan tempat untuk menyindir dan bergaduh bersama. Aku kehilangan tempat buat kerja gila-gila. Aku rindukan mereka. Azliya Abd. Rahman (Yaya), Norhafiza Hamidon (Pja), Mohamad Fariz Ahmad (Shaari AF) dan rakan-rakan K03.
Kini masing-masing mengambil haluan mereka. Kapal yang aku tumpangi bersama mereka kini berlabuh untuk selamanya. Maka kami mengambil bot masing-masing untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Terima kasih kawan-kawan semua. Moga kita dapat bersama lagi di lain masa.
Tahun 2010 menjelang tiba. Adakah aku bersedia menghadapinya. Kamu, kamu dan kamu bagaimana?Angka umur aku meningkat daripada empat kepada lima. Apakah sebenarnya kesan sampingan yang ada.
Walaupun tiada mereka aku akan kuatkan semangat untuk terus berjaya. Aku kini berada disamping famili tercinta. Mereka kini ransangan aku untuk meningkat kejayaan di hari muka. Aku bersyukur masih ada mereka.
Baiklah. aku berhenti di sini sahaja. Kelas sudah malu bermula. Untuk tahun baharu ini, aku sarankan kepada kamu dan kamu-kamu semua untuk tanamkan azam untuk meningkatkan amal ibadah kepada ALLAH yang maha ESA. Selain tidak meninggalkan kehidupan di dunia. Semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. Amin.
SELAMAT TINGGAL DUA KOSONG KOSONG SEMBILAN
SELAMAT DATANG DUA KOSONG SATU KOSONG
khai. M
Saturday, December 26, 2009
Edisi Kahwin
Bilik No 4. Teratak Hj. Harun
8.01 am
26 Dicember 2009 / 09 Muharam 1431 H
Assalamualaikum w.b.t
Edisi kahwin.
Kepada rakan-rakan yang telah dan bakal melangsungkan perkahwinan pada cuti perseklahan kali ini aku ucapkan tahniah. Aku doakan SEMOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT.
Mana yang sempat aku pergi, mana yang jauh aku terpaksa tengok masa dan keadaan.
Itu sahaja.
khai. M
Subscribe to:
Posts (Atom)


