Showing posts with label Ermm LI. Show all posts
Showing posts with label Ermm LI. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Bro Basikal

My Room @ TPP 9.21 pm 23 April 2010 / 9 Jamadil Awal 1431 H
Assalamualaikum w.b.t Al-kisah peristiwa hari Jumaat. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai pulak si anib dan bro azman. Aku dan Apip bergegas daripada office untuk masuk yard. Jam 8 pagi yard dah tutup gate susah pulak nak soal jawab dengan 'guard officer'. Ada pangkat baru pulak aku bagi. Macam biasa, kejap lagi ada tool box briefing. Tiap-tiap pagi, helper, scaffolder, welder, technician, rigger dan macam-maca lagi akan dengar bebelan daripada supervisor dan HSE mereka. Nasib la labu. Aku macam biasa, duk lepak dulu dalam lab. 8.22 pagi, aku bergerak daripada lab ke jaket (tempat kena buat pre heat). Jauh nya daripada lab aku ni, lebih kurang kena lalu empat kali padang bola. Jauh kan. Jalan lah aku berseorangan sambil memandang 6 modul yang bakal keluar daripada yard ni. Bro malik dan halim dah lama ada di jaket. Sampai di jaket, aku pun keluarkan hp daripada poket, hasratnya mahu call halim. Tiba-tiba, bila aku pusing belakang, seorang brother petronas tercegat belakang aku sambil duduk dia atas seat basikal beliau. Bro basikal:Dapat tak Aku: Blurr Bro basikal: Buka pukul berapa tadi? Aku: Oo..tak tutup pun. Bro basikal: Erm..buka 24 hour.so maintained berapa.? Aku: (dalam hati, 2 dia..mn aku th, aku br sampai, tp jawab jg). Macam biasa la 150 Bro basikal: La, kalau dah panas buat apa mereka bakar lagi. Aku: Ntah.(sambil aku memandang tempat mamat sedang membakar dan tak pandang-pandang dah ke bro basikal) Bro basikal: Terus pergi. Nasib baik. 1st time aku bercakap dengan client. Tapi.. Sebenarnya bro basikal dah kena tipu dengan aku. Sebab aku baru sampai. Buka jam berapa, maintained berapa, dah achieved suhu atau belum semua aku tak tahu. Aku dah la tak bawa apa-apa tools nk cek benda alah tersebut. Kesian bro basikal tadi (beliau eng petronas) Moral of the story yang mengarut ni : 1) Jawab itu yakin sahaja. Mimik muka mesti mahu confident. Semua orang pun boleh yakin dengan kita. 2) Jangan tipu selalu. Sekali sekala tidak mengapa. Sebab kalau tak sampai suhu nanti boleh crack. Bila crack kena repair. Aku juga susah. Nanti orang duk atas jaket tenggelam dalam air. khai. M

Friday, April 2, 2010

Lagi

My Room @ TPP 8.27 pm 02 April 2010 / 77 Rabiul Akhir 1431 H
Assalamualaikum w.b.t Dulu terasa bagai jauh untuk menghabiskan kursus ini. Walaupun short course, namun jangka masa yang panjang menyebabkan aku kurang yakin dapat menghabiskan selama ini. Sudah lah berlainan bidang, jauh pula di negeri orang. Namun alhamdullilah, selagi diri termotivasi dan ada motivasi, kita mampu untuk menempuhinya. Seminggu, Itulah angka yang tinggal untuk aku menghabiskan kursus ini. Walaupun begitu aku masih mempunyai 3 bulan lagi di sini bagi menghabiskan sisa LI di SST @ Sime Darby Pasir Gudang. Walau kita merancang dengan baik, tapi kita masih belum tahu rezeki kita dimana. Andai rezeki aku untuk terus di sini, aku terima sebaiknya, jika andai kata rezeki aku berdekatan dengan keluarga, aku redho. Itu suratan takdir. Apa yang penting, aku dapat untuk membantu famili tercinta. InsyaALLAH, aku akan adakan entry khas untuk sahabat-sahabat IMCT. Tunggu. khai. M

Tuesday, March 2, 2010

Sedih dalam Syukur

Kelas Instrument, Measurement & Control Technology 3.51 pm 3 March 2010 / 17 Rabiul Awal1431 H Assalamualaikum w.b.t
Isnin, 1 March 2010. Jam 8.05 minit pagi. Agak lewat sampai hari ini. Biasanya sebelum jam 8 pagi aku sudah berada di sekitar kawasan ini. Tapi kalau ikutkan waktu masuk, itu masa paling awal dek kerana waktu masuk ialah jam 8.30 pagi. Aku berjalan laju masuk ke office untuk ambil punch kad yang baharu. Selesai punch aku pun seperti biasa ke file LI untuk cek kalau ada jawapan daripada company yang berkaitan. Selak punya selak, ternampak nama rakan-rakan sekelas. Satu persatu aku baca, namun semuanya not agree. Kecewa dengan jawapan daripada compant tersebut. Tapi tangan masih gatal untuk menyelak, ternampak nama aku pada helaian ke 10, AGREE. Perasaan gembira dan segar menyelinap ke dalam sanubari. Aku ucapkan Alhamdullilah. Selak ke belakang terdapat seorang lagi rakan sekelas yang berjaya di ber LI di tempat yang sama. Aku berjalan girang. Namun dalam girang ada kesedihan yang mengundang. Namun aku tidak bercadang untuk berkongsi bersama rakan. Mungkin biarlah ia menjadi simpanan. khai. M

Thursday, October 15, 2009

Akhirnya....

Akhirnya... Setelah mengasak menggunakan pelbagai cara dan teknik, akhirnya mereka bersetuju juga untuk melepaskan aku. Alhamdullilah. Bukan kerana tindakan aku semata-mata, namun berkat pertolongan ALLAH yang makbulkan segalanya. Maka, ini hari terakhir aku menulis dari office kesayangan Een . Seingat aku hanya dua kali sahaja pernah aku menulis laman dari office. Itu pun setelah bosan yang melampau. Kadang-kadang bosan juga kalau asyik menghadap muka yang bersegi empat ini. Kata orang boleh baca banyak perkara. Boleh surf perlabagai cerita. Tapi aku bukan begitu. Puas aku serasikan diri untuk duduk diam sahaja. Tidak menjadi. Aku orang yang bergerak kesana sini. Mencari kerja yang boleh di buat bagi menambah ilmu di dada. Enam bulan aku berdiam diri atas kerusi. Bagai mahu patah rasanya kaki. Macam nak tercabut rasa hati. Akhirnya, apabila klimaks menghampiri, pelbagai dugaan datang dan pergi. Pelbagai kerenah aku hadapi. Itulah namanya manusia yang kurang bermuhasabah diri. Aku atau mereka? Hari ini aku ada sedikit lagi kerja yang perlu diselesaikan. Walaupun memang kerja yang tidak berkenaan, namun tidak mengapa sebab hari terakhir lah katakan. Seronok memang tidak terkira. Mengapa seronok sebegitu rupa. Mana tidaknya. Perit dan perih aku 'berjuang' mohon pergi akhirnya berhasil jua. Lebih kurang macam kita study la. Susah payah kita study akhirnya dapat segulung ijazah (even degree yg kita dapat tidak bergulung pun). Susah payah rasa terlerai daripada tubuh badan ini. Untuk next entry, aku akan cuba masukan pic hari terakhir aku di PLC International Sdn. Bhd. Salam perjuangan. khai. M

Tuesday, August 25, 2009

Hangat Untuk Student LI FKKSA

Atas tuntutan diri sebagai wakil kepada anda sekalian. Maka saya titipkan nasihat ini untuk kita bersama. Sejak akhir-akhir ini, dalam era kedatangan lecturer ke company masing-masing, maka angin bertiup kencang tanpa pokok bergoyang berkenaan hal untuk menamatkan Latihan Industri lebih awal daripada tarikh yang telah ditetapkan. Tuntas perkara ini telah dipandang serius oleh pihak berkuasa fakulti. Ini kerana perkara ini telah bertiup di dalam kulit kesukaan ramai, itu sebab pokok tidak bergoyang, iaitu kulit buku atau bahasa orang putihnya, Facebook. Pihak berkuasa fakulti sangat risau jika perkara ini tersalah faham, atau disalah faham atau juga diambil kesempatan oleh pihak yang berkenaan. Maka mereka telah menghulurkan tangan memberikan maklumat berikut:
kalau pun nak berenti LI, tak perlu spell out loud kat facebook. lain pulak ceritanya nanti. dan, pesanan untuk semua, tak semua kes fakulti akan luluskan. ketua program akan screen semua permohonan. so, bertindak dgn bijak.. dan, guna bahasa baik. cik bedah je. disrespectful. nak bercakap ikut sedap hati pun, guna la private message.
Jadi saya rasa, kita semua faham maksud message yang disampaikan dalam memo tersebut. Lantaran message terus, saya telah mengambil kesempatan untuk bertanya mengenai hal berikut:
saya pn nk mntk tlg jg..saya nk th status konvo kami..adakah benar akan ber konvo this oct atau mcm mn..? sy mohon kerjasama ** atau pihak yang berkaitan untuk sekurang2 nya mengeluarkan memo @ announcement yg berkiatan. jangan gantung kami x bertali..
Hasil message tersebut, jawapan nya begini:
konvo confirm oktober. sbb tu evaluation LI buat awal. sbb senat nak luluskan u all awal, baru boleh konvo.
Saya kira, saya menjalankan kerja, bagi memenangkan kedua-dua pihak. Maka akhirnya, saya titipkan nasihat untuk semua agar perbincangan secara bersemuka kita lakukan dengan pihak berkuasa tersebut agar tidak timbul kekabutan di kemudian hari. Jika ada masalah ada eloknya terus berhubung dengan saya atau pihak fakulti. Tapi di ingat kan juga, ini bukan saya bermaksud saya melarang demokrasi semua. Sekadar untuk tidak lebih menghitamkan keadaan yang sudah sedia ada hitam. Akhir kata, salam sayang daripada saya untuk rakan-rakan dan juga pihak fakulti. Selamat menunaikan ibadah puasa. Tambahkan amal ibadah di bulan yang mulia. Jaga akhlak, hiasi diri. p/s:mesaage terpaksa di edit agar tidak menyinggung mana-mana pihak yang berkenaan.
khai. M

DUIT masyuk KERJA daripada RUMAH

PERCUMA membongkar rahsia KEKAYAAN

Thursday, August 13, 2009

Format Report LI

Apa khabar semua? Sudah lama tidak mengemaskini laman kesukaan aku ini. Biasalah alasan yang sama dengan rakan-rakan yang lain. Seperti yang sedia maklum, lecture akan datang ke tempat LI masing-masing dua minggu lagi. Maka ramai lah rakan-rakan yang bertanya mengenai report dan sebagainya. Bagi memudahkan rakan-rakan yang bertanya, maka aku kongsikan bersama foramat report yang berkaitan yang perlu untuk disediakan. Harap-harap ia akan dapat membantu.

FORMAT-FORMAT REPORT

khai. M

DUIT masyuk KERJA daripada RUMAH

PERCUMA membongkar rahsia KEKAYAAN

Tuesday, August 4, 2009

List of Universiti Supervisor !!!

Kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Aku uploadkan untuk korang senarai nama bagi penyelia universiti. Boleh lah korang download dari sini. Selamat membaca.

Senarai Penyelia Universiti

khai. M

duit masuk melimpah-limpah rahsia menjana duit daripada rumah

Thursday, July 23, 2009

Industrial Visit by UMP Supervisor

Date23 Jul 2009, 03:16:07 PM
FromSITI ZUBAIDAH BINTI SULAIMAN Pensyarah Universiti,Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli
To[BKB], [BKC], [BKG]
CC
SubjectIndustrial visit by University Supervisor
StatusUrgent
Message

Salam & Good day,

Attention to all student: undergo industrial training on Jun-October 2009

FYI, the industrial visit by University Supervisor will be held on 24th August to 29th August 2009. During that period you will be evaluated based onperformance, log book, report, presentation (degree only),. Click here for the criteria that need to be evaluated.

1) Performance:

In performance wise, you will be evaluated by your industrial and university supervisor.

2)Presentation:

Please prepare a short (10-15 minutes) slide presentation.

3)Report:

The report should cover 10 weeks of activities for those who start the training on 15 Jun 2009 or 12 weeks of activities for those who start on 1 Jun 2009. The report should not exceed 100 pages (inclusive 10 pages for appendices). Click here for content and format of the report.

The hardcopy and soft copy must be submitted to your university supervisor during the visiting period.

4)Log Book

Please ensure that, the log book has been filled up with daily activities and check and sign by industrial supervisor. The log book should be submitted to the faculty one week after finish the industrial training.

Any inquiries do not hesitate to contact me via memo or email. Thank You.

Siti Zubaidah Binti Sulaiman Pensyarah,FKKSA Ext;2413
This is a computer generated document and no signature is required.
AttachmentsNone
khai. M

Wednesday, July 22, 2009

Kenapa?

Akhir-akhir ini, bukan aku sahaja yang tidak melakukan aktiviti tersebut. Namun rakan-rakan aku yang lain juga tidak melakukan perkara tersebut. Kenapa? Sibuk kah mereka. Atau ada perkara lain yang menyebabkan sifat buruk tersebut hadir. Rakan-rakan sekalian, teruskan lah aktiviti tersebut. Sayang kalau sekadar menjadi hiasan sahaja. Apa itu.? Mengupdate blog. Ramai rakan-rakan aku yang sudah lama tidak mengupdate blog mereka. Kenapa ya? khai. M

Tuesday, July 21, 2009

Farewell Ahmad Shah Reza

Lama aku tidak mengupdate. Penangan kulit buku atau FB menyebabkan kemalasan datang menimpa ke tahap langit ke tujuh. Tapi bagi menghargai rakan sekerja aku di PLC International. Beliau merupakan seorang engineer di sini dan akan memulakan tugas baharu beliau di Kuantan. Semoga berjaya dalam lapangan yang diceburi shah.

Aku upload gambar disini

khai. M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...