Showing posts with label Halalan Toiyiba. Show all posts
Showing posts with label Halalan Toiyiba. Show all posts

Saturday, May 15, 2010

JUDI: MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

My Room @ TTP 8.07 am 1 Jamadilakhir 1431 H / 15 May 2010 Assalamualaikum w.b.t Kita selalu mendengar nasihat atau ceramah daripada ustaz mahupun pakar motivasi supaya sentiasa berbuat baik terhadap ibu bapa. Jangan ingkar perintah mereka dan turuti mereka selagi apa yang mereka suruh tidak meLANGGARI hukum SYARAK. Kini aku rasa, ayat tersebut masih lagi releven untuk kita semua guna pakai. Tapi kita terpaksa tukar ibu-bapa kepada pemimpin. Kita boleh mentaati pemimpin selagi segala perbuatan mereka tidak melanggari hukum syarak. Tapi sudah terang lagi bersuluh untuk kita sama-sama menolak pemimpin-pemimpin yang menghalalkan segala perkara yang haram. Semoga kita tidak sama bersubahat dengan pemimpin bergini. Tentu semua tahu kenapa aku menulis perkara ini. Ini semua angkara pemimpin yang meluluskan lesen judi . Mereka semua telah menghalalkan yang haram. SHORT MEMO UNTUK PEMIMPIN MALAYSIA: MATLAMAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA. LEBIH-LEBIH LAGI PERKARA YANG TERANG-TERANG SUDAH DITULIS DI DALAM AL-QURAN. Fikir-fikirkanlah. Adakah kita sanggup menangung seksa neraka ALLAH. Ingat, hidup dunia hanya sementara. Bercucuk tanamlan dengan perkara-perkara kebaikan agar dapat menuai hasil tebaik 'disana' nanti. InsyaALLAH.
LARANGAN MINUM KHAMAR DAN BERJUDI
(90). Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (91). Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). (92). Dan ta'atlah kamu kepada Allah dan ta'atlah kamu kepada Rasul-(Nya) dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kewajiban Rasul Kami, hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.
al-maidah ayat 90,91 dan 92
khai. M

Wednesday, August 5, 2009

Bravo Brovo Bravo.....

Malam ini aku hanya mahu ucapkan tahniah dan syabas kepada Dato' Hassan Ali kerana dengan beraninya 'memangkah maut' tindakan salah seorang Exco Selangor dalam proses untuk membenteras arak. Tindakan beliau yang 'tidak berlapik' adalah wajar untuk disokong bagi memastikan kemaslahatan ISLAM terjaga. Sebagai umat Islam, keadaan seperti ini lah yang kita perlu untuk lebih sensitif walaupun sesetengah daripada kita mengatakan perkara ini isu-isu kecil sahaja. Sedangkan jika kita fikir secara logiknya, arak juga merupakan salah satu punca kepada berlakunya masalah jenayah yang semakin meningkat saban hari. Jika kita dapat membenteras peminum arak dikalangan umat ISLAM khususnya, insyaALLAH kita akan dapat menurunkan statistik jenayah di negara kita yang tercinta. Moga ALLAH membantu hamba-hambanya mendaulahkan ISLAM dibumi yang Fana ini. khai. M
duit masuk melimpah-limpah rahsia menjana duit daripada rumah

Tuesday, May 26, 2009

Halal

Entry yang ke 80 dalam laman ini akan bercerita tentang makanan halal. Makanan merupakan satu element penting dalam hidup kita. Tanpa makanan kita akan kebuluran. Orang cakap hidup kita untuk makan dan ada juga yang berkata makan untuk hidup. Tapi kedua-dua nya membawa makna pentingnya ada makanan untuk makan. Tapi adakah kita sedar bahawa dalam zaman semakin canggih yang mana kita terpaksa mengejar teknologi, sehinggakan ada yang hampir tidak perasan untuk memilih makan yang halal. Makanan yang kita makan akan sebati dalam diri dan akan menjadi darah daging kita. Apakah anda fikir, kita akan mendapat zuriat yang halal jika makanan yang kita makan bercampur dengan perkara haram. Adakah anda terfikir, ibadah anda diterima ALLAH jika kita makan makanan yang tidak halal. Makanan yang di buat menggunakan teknologi terkini juga ada campuran bahan tidak halal. Sebagai hamba ALLAH, adalah wajib untuk kita mencari makanan yang halal daripada sumber yang halal. Suka untuk aku berkongsi kod babi yang mengandungi dalam makanan kita yang pernah tersebar dalam internet dahulu. Click sahaja disini . Maka aku mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan yang lain untuk menggunakan produk halal dan makanlah makanan yang halal. khai. M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...