Showing posts with label MMHE. Show all posts
Showing posts with label MMHE. Show all posts

Saturday, January 31, 2015

Selepas Setahun....AWAK DI MANA?



Assalamualaikum geng ....

Last date aku tulis kat wall ni setahun yg lepas. Tu pun sebab nak bg tahu yg aku dah 2 tahun d PG and MMHE. Bagi aku dh lama tu sebab 1st company yg aku dapat bertahan selama tu.

Now aku nak bagi tahu aku masih lagi di MMHE...#whattheH kan...

Tak sangka esok genap 3 tahun aku di MMHE. Cuma aku tak lagi di PG, tapi dah transfer ke Feed and Design Verification, Menara Daya Bumi KL. 

Nape boleh stay lama ek? Sebabnya, for the 1st 2 yrs aku sangat2 happy and satisfied dgn keje2 aku di MMHE. Aku boleh buat my own decision w/o any objection from boss. Boleh plan my work and bla bla. Tp yg penting sebab kawan2 yg sekepala. Tu lagi menyenangkan hidup gua.

Oppsss..satu lagi kalu korang nak tahu, kat yard aku focus on piping je, sebab piping engineer kan. Now aku dah terjerumus ke lembah Mechanical pulak, So jadi lah mechanical/piping engineer. Merangkak aku nak kejar apa benda la mechanical ni kan. Banyak package mechanical nak kena handle. Mudah lagi piping sebenarnya. 

Apa2 pun, selama aku di MMHE ni, aku dh ade experience onshore and offshore. Baru lah betul rasa OnG. 

Ade vacancy tak? Kalu ade roger2 aku k. Hahahaha.

Lepas ni plan nak story psl new department aku plk la. Adiosssss.......


Sunday, February 2, 2014

2 Thn di PG



1 Feb 2012 to 1 Feb 2014.



Cukup sudah dua tahun aku stay di Pasir Gudang. Satu jangka masa yang aku pun rasa macam tak percaya dapat bertahan selama macam ni. Macam tak caya je. Macam tak caya je.

Aku duduk PG ni pun sekadar mencari rezeki, Tak ade sedara mara. Yang ada rakan-rakan sekerja dan kawan-kawan serumah. Tapi sebab memang perangai aku yang jarang balik rumah since study lagi. So aku boleh je survive sendiri. Lagi pun bukan duk oversea. Kan kan kan.



Aku sebenarnya tak berhajat pun nak settle down kat PG ni. Aku prefer kat area lembah klang. Walau kat PG ni kos sara hidup die sangat ok, tapi time nak balik kuantan rasa macam jauh pulak. Dah la jarang balik, sekali-sekala balik tu rasa jauh.

Sepanjang duduk sini, alhamdullilah tiada kesusahan yang di tempuhi. Moga Allah terus memberi kesengan untuk aku menempuhi hari-hari mendatang.

Dah..Jom tido.

Jangan lupa baca doa tido.




Sunday, January 26, 2014

CORETAN PERTAMA 2014



Wowowowowowowo...

2014 sudah...Lama sungguh aku tak coret-coret kat sini. Lebih setahun diriku membiarkan laman ini sendirian. Bukan sebab tak de idea, tapi dek masa mencemburui diri ku ini.

Alhamdullilah, akhirnya aku kawen...Dah 5 bulan..Hehehehe..Itu lah yang aku nak share ngan korang. Dalam beberapa bulan lagi..tentera pertama akan di luahkan.

Oit..oit..oit..ingat mudah ke nak kawen ni. Nak kena prepare luar dalam, zahir dan batin. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Sape2 nk mintak tips ke blh la pm aku. Walau x banyak, sikit aku kongsikan. 



Sekarang hidupku PJJ. Pendidikan jarak jauh ke? Bukan la. Perkahwinan jarak jauh. Pnt ooo..Tp demi tanggungjawab aku gagahkan diri juga..I'Allah rezeki untuk tinggal bersama belum lagi. Korang tlg doakan aku dpt kj area lembah klang ni. Kalu ade keje kosong pn blh pm aku k.

Every week aku ade di Shah Alam. Balik tunaikan tanggungjawab.Opsss..yang belum kahwin tu jangan nk salah faham sangat k.

Rutin ku hari2 keje, sabtu ptg gegas balik shah alam, malam ahad balik pasir gudang. Wang macam air. Tapi aku tak fikirkan itu semua, aku yakin Allah ada untuk gantikan semula yang aku dah kuarkan.

Oraite la. Lepas ni aku nak coret2 pasal keje plk. Beberapa hari je lagi genapa 2 tahun aku di MMHE. Company paling lama aku bertahan walaupun macam dah tak tahan. Hahaha.

Salam sayang untuk semua.
KHAI HARUN.


Sunday, January 6, 2013

Apa Dah Jadi Ni

Assalamualaikum.


Welcome welcome welcome 2013. Dah enam hari menjengah ke tahun baru ni. Erm..macam macam la aku dengar azam baru. Layan aku nak azam-azam. Ade azam pun belum tentu buat pun. Nanti cakap je lebih tapi tak buatkan.

Kerja, kerja, kerja. Itu je yang aku buat di Pasir Gudang ni. Bagus juga. Kurang entertainment, kureng la sikit duit di cairkan. Tapi aku tak sangka, inilah company yang paling lama aku bekerja. In Sha Allah sehingga siap Tapis R ni. Resume pun belum update lagi sejak aku d MMHE ni. Maksudnya lama lagi kut aku kat sini. Bukan kata kerja seronok sangat. Tapi sebab lead and boss aku ni jenis yang tidak mengongkong apa-apa decision yang aku buat. Mereka bagi pandangan dan raikan. Bagus kan. Hehehe.

Oo, pada sub contractor aku yng selalu 'kena' dengn aku tu ampun ye. Ikhlas ni. Aku nak kerja jalan je. Kalau keje tak jalan memang tiap-tip hari la kena datang ngadap aku lepas ni. Pada kekawan di engineering yang selalu mendapat email 'karangan' daripada aku sejak akhir-akhir ni pun aku minta maap le. Tapi selagi project jalan, memang ade la email 'karangan' yang korang akan dapat. Macam nak raya pulak minta maaf ni. (pemikiran melayu nak raya baru nk mintak maap kn.hehehe)

Aku pun sekarang ni tak tahu sangat nak tulis apa. Cuma nak wish selamat tahun baru 2013. Tingkatkan amalan pada ALLAH. Barang siapa mengejar akhirat, maka dunia akan mengejarnya. SubhanALLAH.

CHEERS (eh pinjam ayat boss aku ni)

KHAI HARUN.

Thursday, September 20, 2012

Oh Manpower

Assalamualaikum.

Masalah manpower makin menjadi semenjak dua menjak ni.

Macam mana la mereka ni nak siapkn keje on time.

Senak kepala hotak aku nak tolong fikirkan. Sampai aku pulak nampak buleh buat biss sapply manpower.

Tak pe.Relax dulu. Kita fikir benda laen je la.

Chow..

Saturday, August 18, 2012

MMHE Vacancy

Assalamualaikum.

Aku just nak war-warkan kekosongan bagi posisi-posisi di bawah. Bahasa skempus pula. Sekarang ni MMHE bakal masuk banyak project. So nak pakai ramai staff. So sesape rasa yang berminat & ada experience dalam Oil & Gas, amat-amat lah dialu-alukan untuk menghantar resume ke email aku. Kalu minat la kannnn. 

Tapi barang di ingat, MMHE nak experience dalam 3 5 (baru dapat respond from HR) yrs & above. Sesape yang dah hantar tapi tak cukup seperti yang di minta akan di HOLD kan. Sorry beb.

Sesape minat boleh send email yang proper n with cover letter to my email:
m.khairulafizan@mmhe.com.my

Only shortlisted candidates will be notify. So kalau yang xde dpt notify after 2 months submit resume. Itu maknanya tidak berjaya. Good Luck.

Sunday, July 15, 2012

Track Perjalanan: Gunung Kajang Lagi



Assalamualaikum.

Ni sambungan kepada previous punya story la.

Pasal mengingau kan. Ade ke dia tutup mulut orang tu. Naseb baek la sempat kawan tu tersedar. Lalu terus mengucap. Aku yang tengah mamai2 ni terus sambung tido semula sambil dengar-dengar mereka borak pasal ngingau ni. ZZZZZZZZzzzzz. Ngantuk. Tdo je la.

Jam 5.30am, dah ada pak cik dan mak cik datang nak tunaikan solat Subuh. Kenapa ramai mak cik yang masuk kut pintu yang kami tido tu. La, rupanya pintu tempat solat muslimat. Apa lagi cepat-cepat bangun dan kejutkan yang lain. Alhamdullilah, dapat kami solat Subuh berjemaah di Masjid Jamik Mersing. 


Ok. Next ni aku just story based on pic la. Time ni after solat subuh, macam cantik je time tu kan. Sebab masjid ni atas bukit. So nampak la bandaraya KL Mersing.Ni la jejaka macho segak yang nak panjat Gunung Kajang  Banyak juga pic ambil time di Masjid ni. Memang rasa amat tenang di Masjid ni. Waktu ni kurang lebih jam 7.10am.



Ni tengah menunggu dak Akim. Lama betul die tukar pakaian.


Sambil menunggu ferry jam 9.00am. Kami pun melantak dulu la. Tak makan berat pun. Aku just makan roti kosong. Tapi dak Zul ni menkedarah roti kosong n roti telur. Adoii. Banyak kolestrol dia makan. Makanan kat kedai tepi jeti tu rasa nya biasa-biasa je. 




Ni dah time dalam ferry. Sempat la snap pic masjid tadi. Masjid ni memang betul-betul atas bukit. Naik ferry ke Pulau Tioman ambil masa 2 jam. So apa lagi yang boleh buat dalam ferry kan. Nak tengok stewardess tak dak. So tido je la. 

Next nanti kita tengok pulak pic-pic, time dah sampai Kg. Paya , Tioman.

Saturday, April 14, 2012

Ouchhh.!!!


Hi kawan-kawan.

Oh rupanya sebulan sudah aku tidak menulis. Sebab aku tak on lap top yang hansem ni dek kepenatan mencari sesuap nasi. 

Banyak sudah yang aku belajar berkenaan kerja aku sekarang ni. Alhamdullilah kepada kawan-kawan yang membantu aku memahami apa yang aku tak faham especially Dzul, Zul, Syamizan, Fatiah, Hafiz & KD. Mereka semua ni otai dalam bidang masing-masing. Mereka tak lokek untuk berkongsi ilmu setiap kali aku datang bertanya. Pendapat mereka sentiasa memberi aku idea untuk menyiapkan kerja-kerja aku ni. Terima kasih ye.

Semakin hari semakin banyak task yang tertangguh. Wow, kali ni memang agak mencabar. Sebab setiap task yang diberi memerlukan aku untuk aku study setiap helaian dengan tekun. Memang rasa macam zaman student. Lebih lagi daripada zaman student. Time student salah tak pa. Masih student kan. Kalau sekarang silap decision yang aku buat, memang kena tanggung sendiri la.


Sekarang tak dak software yang boleh bantu aku nak buat calculation macam aku kerja sebelum ni. Atau kawan-kawan yang boleh tolong pulak kirakan untuk aku kalau aku tak tahu. Ialah macam aku dengan Syibah tu. Sekarang otak yang sekecil 2 genggaman ini lah yang memainkan peranan. Kadang-kadang sampai malas nak suruh otak ni fikir. So kalau dah malas, aku akan balik on time je. Hahaha..

Aku terima cabaran ni as Engineer. Kannnn. Hope setiap decision yang aku buat tepat & betul dan yang paling penting dapat membantu project Tapis R ni berjalan dengan langsung nya. 

Last but not least, congrats and welcome to Pujah sebab dapat joint MMHE as coodinator tu. Wow!!! Tapi dia under Telok Project. Client masih sama, Exxon Mobile project je lain2.

Orait. Adios...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...