Showing posts with label Career. Show all posts
Showing posts with label Career. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Wood Group Mustang

Asslamualaikum...

Yoo...last post still keje kat MMHE rupenye. Rezeki time tu kat sana masih. Now dah keje kat Kumpulan Perkayuan Mustang. 

Post ni aku nak wish thanks to my friends yang bekerjasama ngan aku kat MMHE untuk buat Tapis R. Lagi2 sifu piping, Dzul Azlan a.k.a CEO of Dzul Engineering Sdn. Bhd. Kalu nak order material or buat service boleh la refer beliau. Memang power.

Now kat WGM aku masih buat Tapis. Tapi now buat Tapis B. Tak jauh pun dari Tapis R. Tapis B ni usia platform dah 30 tahun. OMG. Lama kan. Kalu korang duk ats platform ni, confirm la ade rasa yakin x yakin je untuk beberapa ketika. Tapi kalu dah biasa, no hal. Dah boleh turun naek daripada Upper deck to cellar deck.

Tapis B sebesar Tapis R (size x tahu kena tanya strucutre) sebab wellhead platfrom compare ngan Tapis Tapis is CPP. Tapis B di hubungkan dengan Tapis R melalui Tapis Q. Kami panggil Jambatan Kasi Sayang. 

Dulu kat Tapis R project Greenfield, now Tapis B project Brownfield. Buat brownfield ni nak cakap pun payah. Payah ckit la drp greenfield. Nak kena fokus dan study MFD lama skit. Lagi2 ade pulak macam2 phase. Pre-phase, phase 1.6, phase 1.8, phase 1, phase 2, phase 3. Setiap phase ade dua MFD, removal (R) and modification (M). Berkecamuk. Tapi alah bisa tegal biasa. Now, aku pun dah faham dan yang paling penting aku boleh dah terang kat designer2 aku perjalan Tapis B ni.

Team kat cni pun not bad. Ade 1 sr. eng piping (siddiq), 2 eng piping (min ngan aku), 1 lead designer (balan), 2 PDMS admin (dahari n syam) 4 sr. designer (rizal, nazri, mazdi, joyce), 10 designer (mar, anwar, emir, amir, fad, arif, helmy, hafiz, din n nizam). Sume nye boleh dan senang untuk discuss and bekerja. Tq sume. 

Ok lah. Nanti rajin cite lagi. Saje lepaskan mood sebab ponin den tengok MTO pipe support ni. Lepas ni kena sambung sampai siap MTO tu. 

Cheers..


Wednesday, May 16, 2012

Source Inspection



Assalamualaikum.

Penat beb. Itu je nak cakap. Hari ni aku ke Singapore atau tepat lagi ke 29, First Lok Yang Road untuk buat source inspection. Nak kata FAT tak sangat la. Tapi penting juga sebab material pipe ni is Duplex 22% Cr SS.

Aku just nak sharing perasaan jadi client ni. Dulu masa keje di MV atau TW jadi vendor kan. Bila jadi client, aku pun praktikan macam yang aku kena time jadi vendor dulu la. Bukan niat nak balas dendam. Kalau balas dendam itu namanya, sapi buat salah lembu dapat nama (eh ada kaitan ke?).

Thanks juga pada syibah, sebab share apa yang client selalu minta kan. Tapi sebenarnya Mill Cert., procedure n bla bla bla tu memang perlu vendor provide pun kan. Yang aku tak leh bla ckit sebab vendor ni macam tak baca pula MPDS yang dah stated dalam PO tu.

Adeh. Sakit beb. First time kena buat decision yang besooor. Memang terasa la bahu memikul tanggungjwab nanti. Yang lagi sedih, hp aku pulak x roaming. So boleh emergency call je. Wak betul kan. Tak kan aku nak call abang-abang polis and doktor-doktor pasal benda alah dalam MPS ni kan. 

Yang penting, aku memang betul-betul dapat experience hari ni. Thanks to my lead yang allowed me to witness (je ke) pipe tadi.

Orait. Jangan lupa. Kalau nak simpan emas call atau email me khair.harun@gmail.com.


Friday, February 3, 2012

Tamat Khidmat di Transwater


Assalamualaikum

Sorry kawan-kawan. Lambat sikit entry ni. Sepatutnya a week ago dah kena la tulis, tapi masa tidak mengizinkan.

Kini tamat lah perkhidmatan aku di Transwater API Sdn. Bhd. Aku memberi khidmat di company yang berumur 31 tahun ini hanyalah selama 9 bulan 2 hari dan tamat pada 27 January 2012.

Tidak dapat aku sangkal, kali ini lebih banyak kenangan terindah tercipta di TW. Walaupun kerja lebih bz daripada tempat sebelumnya, namun hubungan dengan kawa-kawan dan bosses lebih mesra dan rapat. Banyak juga aktiviti yang kami jalankan bersama.

Memang aku pun confius untuk buat decision pada mulanya. Sebab boss minta sangat-sangat untuk aku pertimbangkan. Aku pun fikir. Fikir punya fikir punya fikir. Eh sebenarnya tak sempat nak fikir pun, sebab memang benar-benar bz. Last aku decide untuk resign di TW. 

Ada dua sebab untuk aku resign. Satu of course la pendapatan kan. Kedua sebab aku nak cari experience secara hands on pula. Selama ni hanya teori yang aku dapat applied.
So jangan lah kata aku tak suka TW. Aku sayangkan kawan-kawan n bosses di sana. BTW, aku ucapkan semoga terus berjaya untuk kawan-kawan TW. Banyak kenangan bersama yang tidak akan aku lupakan bersama kalian. 9 bulan 2 hari, sudah cukup untuk kita menjadi mesra.

Alright, kalau ada kawan-kawan yang baca entry ni, jangalah lupa nak roger aku via fb, twitter atau email. Kan aku dah bagi to everyone on my last day. 

Akhirnya, terima kasih daun keladi dengan hadiah yang diberi. Halalkan segala ilmu dan juga makan minum selama di TW.

Daaaa~~~~.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...