Wednesday, November 24, 2010
Valve 1
Saturday, April 17, 2010
Berubah Lah
Wednesday, June 24, 2009
Rahmat Kembali Lagi
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
REJAB bulan menabur benih. SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA'ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan
Monday, June 22, 2009
Selsema Babi @ Influenza A H1N1
Semoga berkat usaha ikhlas kita, ALLAH memudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat. InsyaALLAH. khai. MKami berlindung dengan Mu Ya ALLAH! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut pada Mu Ya ALLAH tuhan pemilik sekian alam yang ghaib dan kami bertawakkal kepada Mu Ya ALLAH Tuhan yang hidup lagi tidak mati. Wahai tuhan kami! jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, taun dan bala bencana dengan ihsan MU wahai tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui sesungguhnya Mu Ya ALLAH Maha berkuasa ke atas segala sesuatu . Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya. segala puji bagu Mu Ya ALAH tuhan pemilik sekalian alam.
Sunday, June 14, 2009
Sebulan Sudah
Saturday, April 4, 2009
Siapalah Kita
Siapalah kita untuk meninggalkan hukum ALLAH yang satu ini.
Siapalah kita untuk melawan dengan tidak menjalankan kewajiban tersebut.
Siapalah kita yang terlalu banyak alasan untuk menunaikannya.
Siapalah kita yang suka melengah-lengahkan perkara wajib ini.
KATA Saidina Umar, sesiapa memelihara solat dan tetap mengerjakannya bererti dia memelihara agamanya dan sesiapa yang mensia-siakannya ia mensia-siakan kewajipan agama yang lain.
Jika diibaratkan dengan jasad manusia, kedudukannya ialah kepala. Orang yang tidak berkepala tidak akan hidup, demikian juga tidak akan hidup agama bagi orang yang tidak mengerjakan solat.
Dalam kitab at-Tanwir, Sidi Ahmad bin Ata’illah berkata: Solat amatlah besar kemuliaannya dan keadaannya di sisi Allah amatlah berat. Kerana itu Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.”
Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai amalan paling mulia, katanya: “(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.”
Baginda juga bersabda maksudnya: “Orang yang mengerjakan solat adalah ia bermunajat (mengadap dan merayu) kepada Tuhannya.”
Perintah terhadap solat dan gesaan supaya memeliharanya banyak dijelaskan dalam al-Quran. Sudah pasti dengan perintah itu, tiada sesiapa dapat menyangkal kewajipan mengerjakannya, walau dalam keadaan apa sekalipun.
Antaranya terkandung dalam surah al-Baqarah, maksudnya: “Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu, khasnya solat Wusta (solat Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk.” (al-Baqarah:238)
Solat lima waktu mesti dikerjakan setiap Muslim yang cukup syaratnya, baik lelaki mahupun perempuan, tua dan muda.
Tidak mampu berdiri kerana uzur, dikerjakan dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu lagi, dalam keadaan baring, malah jika masih tidak mampu dengan isyarat.