Esok perjuangan akan bermula. Semua gerak gempur dan latihan yang selama ini telah dijalankan akan diguna pakai sepenuhnya, bagi menangkis serangan yang bakal datang bertubi-tubi sama ada dengan lembing yang bewarna atau sekadar parang biasa. Masih dialam tradisionalkah kita?
Namun dalam keadaan semua sedang bersiap seraga, hakikat dan realiti yang nyata, kem ini tiba-tiba telah di sajbotaj. Mungkin dek kerana ketua strategi yang terlupa atau para angkatan yang tidak faham tentang bala bencana.
Kini walaupun sudah sedia, namun semangat hilang jua. Batang yang kering sudah masuk hari keempat menyeksakan semua. Boleh dikatakan yang tidak patut dilihat dengan mata kasar ada di merata-rata. Bergelimpangan. Hidung terpaksa di tutup agar semua yang bergelimpangan tidak menusuk sanubari bau yang ada.
Bukan itu sahaja, semua pakaian tidak buleh diguna. Takut kalau-kalau ibadah tidak sempurna. Maka salah siapa?
Katanya lubang utama telah dibaiki. Namun hakikat tetap nyata, negeri ku yang tercinta miskin untuk membela. Untuk memberi lubang itu dipenuhi air dengan banyaknya. Aduh aku naik pening kepala.
Aku doakan kepada semua bala tentera, kuatkan semangat, bulatkan tekad. Jangan jadikan perkara ini menyebabkan kita kalah.
Oh batang, aku terus menanti kau dipenugi agar tentera di kem ini dapat dapat menikmati kehidupan kembali.
Batang = batang paip
Lubang = kepala pam
khai. M
Sunday, April 19, 2009
Saturday, April 11, 2009
'Tua-Tua' dan 'Muda-Muda'
Al-kisah negaru ku tercinta katanya akan menjalankan aktiviti 'famili day'. Semua pelajarnya bersetuju sahaja. Namum ada juga yang tidak dapat follow atas sebab-sebab teknikal. Tidak mengapa.
Sepatutnya hari ini program tersebut berjalan, namum dek kerana aku yang ada kursus ******, maka di istiharkan oleh memanda menteri untuk tangguhkan program tersebut. Terima kasih diucapkan.
I'ALLAH 16 - 17 April ini program ini akan berjalan. Kita tunggu sahaja. AJK akan jalankan kerja.
Tiba-tiba pokok bergoyang, macam nak tercabut akarnya daripada tanah walaupun jenis akarnya tunjang. Ribut melanda. Aku cuba untuk menyelamatkan diri. Alhamdullilah setakat ini masih selamat. Tapi aku rasa mungkin ribut ini akan menghampiri aku dalam sehari dua lagi. Adakah aku perlu untuk terus larikan diri atau cuba hentikan ribut yang melanda. Aku masih fikir-fikirkan.
Aku bagi sedikit hint untuk selesaikan masalah ribut ini.
Analoginya mudah sahaja, kalau yang ' tua-tua' nak bawa semua angkatanya dengan alasan sebab yang 'tua-tua' ini rapat sesama mereka, bagaimana pula dengan yang 'muda-muda' ini.? Masih ada 60 orang angkatan yang 'muda-muda' yang lagi rapat antara mereka yang juga mahu follow bersama. Tapi mereka semua sedar diri, mereka bukan daripada negara yang sama. Tidak terkinja-kinja mahu 'bergedik' bersama yang 'muda-muda' walaupun hati teresak mahu juga.
Jadi harapanya agar ada yang faham tentang analogi yang 'tua-tua' dan yang 'muda-muda' . Jangan sampai tidak bertegur sapa dek kerana perkara sebesar microorganisme ini. Rasionallah. Mohon lah dengan negara masing-masing bantuan jika mahu turun 'bergedik' seperti negara ini.
Akhir kata, kalau mereka tidak pergi pun, matikah kita?
khai. M
Tag:
Pasal Aku
Friday, April 10, 2009
Kemana Menghilang?
Kemana menghilang? Digabungkan kemana? Siapa yang menjaga kementerian ini? Bagaimana nasib pelbagai program yang dijalankan oleh MeCd sebelum ini? Tidak ada lagi TEKUN, PUNB dan skim bantuan perniagaan yang lain?
Hampir tidak perasan dengan kementerian ini. Terima kasih kepada tanpa nama kerana mengingati kementerian ini.
Kepada sesiapa yang mempunyai jawapan kepada persoalan diatas, mohon bagi pandangan segera.
Selaku sebuah kementerian yang banyak membantu masyarakat bumiputra khususnya, adalah molek kiranya kementerian ini terus dikekalkan.
Memang tidak dapat dinafikan, pelbagai skim pinjaman yang dijalankan oleh kementerian ini, benar-benar membantu peniaga kecil dan sederhana di seluruh negara dalam melangsungkan perniagaan mereka. Tambahan pula dalam keadaan kelempabapan ekonomi begini.
Dalam senarai kementerian yang dikeluarkan semalam, tidak pula terlihat atau terbaca mengenai kementerian ini yang digabungkan dengan lain-lain kementerian. Jadi apa cerita?
Adakah peminjam yang meminjam dengan kementerian ini tidak lagi perlu membayar hutang mereka. Dengan alasan kementerian tersebut sudah tidak wujud. Akta mana yang mereka perlu patuhi untuk membayar hutang piutang mereka?
p/s: en red, siapa mahu bagi sumber kewangan untuk unit en kalau MeCD sudah tiada?
khai. M
Tag:
Business BEST,
Politikus
Thursday, April 9, 2009
Jom Baca, Penting Untuk Kita
Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Penteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam
Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah
Menteri Kewangan I
Datuk Seri Najib Razak
Menteri Kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)
Menteri Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)
Menteri Pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)
Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)
Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)
Menteri Pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)
Menteri Mertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)
Menteri Kerja Raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)
Menteri Kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)
Menteri Belia dan Sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)
Menteri Sumber Manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)
Menteri Muar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)
Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)
Respon:
Tahniah diucapkan kepada semua muka-muka baharu yang diberi peluang oleh YAB Perdana Menteri untuk berkhidmat kepada negara Malaysia.
Maka selaku penjawat awam, tugas utama adalah untuk berkhidmat kepada semua masyarakat di Malaysia tidak kira apa bangsa dan agama dan yang paling penting tidak kira fahaman politik yang 'dianuti'.
Sedikit kecewa apabila Ketua Pemuda UMNO Malaysia tidak disenaraikan sebagai Menteri mahu pun timbalan menteri.
Selaku ketua kepada semua pemuda UMNO (parti yang memerintah negara),Khairi Jamaluddin sudah dikira seperti ketua kepada pemuda/i Malaysia. Tempat yang paling sesuai untuk Khairi Jamaluddin (KJ) ialah di Kementerian Belia & Sukan.
Karisma beliau yang agresif dan tegar, bersuara lantang, berani dan berjiwa muda sangat menarik untuk dimanipulasikan oleh kepimpinan kini untuk menarik ramaja-remaja Malaysia dalam melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat untuk kebaikan negara pada masa hadapan.
Kalau dikira pandangan ramai tentu ada yang pro dan kontra. Namun sebagai seorang pemimpin tidak wajar untuk menyisihkan beliau.
Walaupun ketika kempen merebut jawatan Ketua Pemuda beliau ada melakukan kesalahan, namun kita perlu untuk bersangka baik terhadap diri KJ. Mungkin beliau telah insaf dan akan menjalankan tugas dengan lebih sempurna.
Baik, tinggalkan KJ. Pada pandangan peribadi, Kementerian baharu yang dibentuk ia itu kementerian Tenaga, Tenaga Hijau & Air seperti dan seolah-olah mempunyai bidang tugas yang bersamaan dengan kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar dan kementerian Sains, Teknologi & Inovasi.
Mungkin pada pandangan PM, ada kerja khusus untuk kementerian tersebut.Namun baik kira dimaklumkan apakah sebenarnya potfolio sebenar kementerian tersebut agar tidak berlaku pertindihan bidang kerja.
Bukan untuk menentang atau tunjuk hebat, tapi implikasi kepada rakyat apabila terpaksa berulang-alik dari satu kementerian ke kementerian yang lain untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Masalah ini disebabkan oleh pegawai yang bertugas tidak faham potfolio kementerian masing-masing. Kesian rakyat. Nanti lagi hangin
Satu lagi kementerian yang digabungkan ialah kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan & Kesenian yang sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Kementerian Kebudayaan, Keseniaan & Warisan dan Kementerian Air, Tenaga & Komunikasi.
Apabila tiga kementerian ini digabungkan ia diharapkan dapat memberi satu demensi baharu kepada negara.
Jika dihalusi dengan lebih mendalam, ketiga-tiga kementerian ini mempunyai satu asas yang sama iaitu promosi. Kebudayaan & Kesenian perlukan penerangan dan komunikasi untuk dihebahkan kepada masyarakat seluruhnya dan yang paling penting apabila digabungkan, semua stesen TV di negara kita telah diletakan di bawah satu bumbung kementerian yang sama. Tidak lagi stesen TV kerajaan berdengki dengan kebebasan stesen TV swasta disebabkan ada akta-akta yang tidak sama diguna pakai disebabkan oleh kementerian yang berbeza.
Sebenarnya kementerian yang paling penting ialah kementerian kewangan. Adalah diharapkan menteri yang menerajui kementerian tersebut dapat memberi ransangan yang lebih hebat pada negara untuk mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara. Tapi kementerian lain wajib menolong kementerian ini untuk mendapatkan hasil mahsul yang dapat menampung kos pembinaan negara
Pada kali ini, kabinet mempunyai hampir 40 orang timbalan menteri. Satu angka yang sangat besar. Tapi tidak mengapa kalau semuanya menjalankan tugas dengan sempurna. Gunakan sebaik mungkin duit yang rakyat laburkan. Jangan ada pulak mana-mana timbalan menteri yang goyang kaki tidak menolong bos mereka.
Dalam kepimpinan kali ini, adalah sangat diharapkan DS Najib dapat meneruskan beberapa projek yang terbatal atau tertangguh pada zaman Pak Lah seperti jambatan bengkok ke Singapura, Isu Air, Isu Persempadanan Negara, Ruang Angkasa dan beberapa isu luar negara yang perlu dipandang serius sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka.
Persoalan:
Eh panjang betul respon aku kali ini?
Mungkin sebab gian lama tidak bercakap isu politik
Khai. M penyokong tegar KJ ka? Nampak bersungguh benar pertahankan KJ.
Ish mana ada. Itu pandangan peribadi sahaja.
Tulisan khai. M ini nampak macam sokong benar kepimpinan baharu negara?
Memanglah. Sebab dalam PRU 12 rakyat pilih yang ini. Jadi sokonglah yang ini sehingga 4 tahun lagi. Nanti PRU 13 kita sama-sama nilai semula.
Khai M. sudah siap thesis? Cepat update blog.
Soalan sensitif. Sebab tidak siap lagi. Tiba-tiba mood hilang. Baru nak sambung semula lepas ini.
khai. M
Tag:
Politikus
Wednesday, April 8, 2009
Kali Terakhir
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tidak sampai dua jam lagi, aku dan rakan-rakan yang lain ada Final Plant Design Presentation. Ada yang cakap sudah tidak ada nafsu untuk present. Sudah seminggu di peram. Ada juga yang masih excited untuk present kerja tangan masing-masing. Ada juga yang masih blur-blur dengan proses yang dijalankan.
Tapi apa pun berlaku, present tetap perlu untuk di teruskan. InsyaALLAH, aku doakan yang terbaik akan dilakukan hari ini. Buat rakan-rakan K03, aku doakan kalian berjaya hari ini. Jawab sahaja soalan daripada panel dengan penuh yakin. Ikut sahaja stail Chot, yakin sahaja jawab dan hari ini beliau dan groupnya akan present depan wakil industri dan Dr dan Prof yang berpengalaman. Good luck semua.
MAY ALLAH BLESS US. DO THE BEST.
[fikir-fikir, mahu pakai baju apa hari ini. belum gosok lagi. jarang aku mahu gosok baju kalau bukan kerana present. rakan-rakan yang ada kamera, bawa lah ke dewan nanti. kita bergambar kenangan untuk kali terakhir]
khai. M
Tag:
Academition,
Pasal Aku,
PPD
Tuesday, April 7, 2009
2 BUKIT 1 BATANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Anda rasa siapakah yang akan mendapat tempat di hari rakyat dalam PRK hari ini.
Bukit Gantang
Bukit Selembau
Batang Ai
Memang menarik. Tapi nantikan keputusan malam ini. Pada pandangan aku, dua bukit rakyat bagi pada PR dan 1 batang rakyat akan bagi pada BN. Betulkah jangkaan ini. Aku pun tidak tahu. Ini hanya jangkaan semata-mata. Lagi pun aku bukan ahli nujum untuk meramalkan dengan sebegitu nyata. Tapi aku harapkan ISLAM yang menang.
ALLHUAKBAR
[entry ini khas aku buat dalam keadaan aku blur-blur untuk test mechanic malam ini. bersediakah aku sehingga sempat update blog.aku pun tidak tahu. doa kalian aku harapkan untuk memudahkan sesi penjawaban]
khai. M
Tag:
Politikus
Subscribe to:
Posts (Atom)