Saturday, February 28, 2015

FDDE

Assalamualaikum n salam sabtu

Awal bangun weekend ni. Memang patut pun, sebab tidur selepas subuh ni memang dilarang oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W

5 sebab tidur selepas Subuh mesti dielakkan:
1 ~ Bukan amalan para ulama dan orang soleh
2 ~ Terlepas menghirup udara segar
3 ~ Menimbulkan rasa malas dan tidak bersemangat pada hari tersebut
4 ~ Pintu rezeki menjadi sempit
5 ~ Mendatangkan beberapa jenis penyakit pada badan

Jika terlalu mengantuk, tidur di luar waktu Subuh iaitu apabila matahari sudah terbit ketika masuknya waktu Dhuha.
Kredit - Dr Farhan Hadi Mohd Taib dalam majalah Gen-Q isu 20


FDDE? Apa ke bende tu. Aku sendir pun masih tercari2, kat mana singkatan ni mereka ambil. Kalu korang nak tahu full nama FDDE - FEED & design verification. So cer korang try singkatkan. Kalu aku singkat kan jadi FDDV. Hahahaha. Tak kisahlah asal mereka2 yang bagi nama tu gumbira.

Anayway, aku kan ada janji nak citer skit pasal FDDE ni. FYI, aku dah transfer to FDDE department ni since Oct 14. After aku complete kn Tapis R construction. FDDE ni office kat Level 31, Menara Daya Bumi Pasir Gudang Kuala Lumpur. Now dah kembali jadi orang kay ell.

Roll aku kat FDDE dah ubah. Previously Piping je, now dah buat mechanical juga. Nampak gempak kan. Tapi bertambah sakit kepala ada la. Cuma Alhamdullilah, experience makin bertambah tapi dari sudut kewangan je yang belum bertambah. 

Mula2 memang boring gak sebab project tak banyak. Lagi pun keje kat office sebab ala2 macam consultant kan. Verify drawing2 and document from consultant house. Aku pulak jenis yang tak boleh duduk setempat. Tapi bila dah 4 bulan, dah rasa happy sebab banyak kerja. Bila banyak kerja, banyak interface so banyak la movement yang ade. Lagi2 aku Engineering coodinator untuk FSO MaMPU. 

Team aku mechanical ada 3 orang, Sr. Eng. Bro RO, Aku,  sorang Jr. Eng. Kham. Lain2 ade la structure, piping, electrical, instrument, telecom, safety, process safety.

Ok la. Tu je nak bagi tahu. Sebelum tu..kalu sape2 baca2 entry ni..jgn pm aku tanya pasal vacancy..sebab mmg xde vacancy team FDDE ni..full house..hokey...

Selamat hujung mingguuuuuuu....

Sunday, February 1, 2015

Ramai Yang Lari

Hi geng...dalam masa2 free ni...gatal pulak aku nak coret2 kat wall aku ni.

Lari?

Mesti 1st interpretation korang pasal lari kerja kan?

Hahaha..bukan lah. Maksud aku lari daripada menjadi penulis tegar kat wall blog masing2. Time mula aku buat blog, aku antara orang terakhir buat. Tak pandai sangat nak ber sosial di blog kan.

Tapi now kawan2 yang buat blog lagi awal daripada aku pun dah tak menulis.

Mana tidak nye, aku tengok last mereka tulias 'last 3 yrs'..lama tu kan.

Sebabnye now apa2 pun mereka taip kat wall FB masing2 je. Malas kot nak log in account ni n taip panjang2.

Orite..chow dulu..

khai.M

Saturday, January 31, 2015

Selepas Setahun....AWAK DI MANA?



Assalamualaikum geng ....

Last date aku tulis kat wall ni setahun yg lepas. Tu pun sebab nak bg tahu yg aku dah 2 tahun d PG and MMHE. Bagi aku dh lama tu sebab 1st company yg aku dapat bertahan selama tu.

Now aku nak bagi tahu aku masih lagi di MMHE...#whattheH kan...

Tak sangka esok genap 3 tahun aku di MMHE. Cuma aku tak lagi di PG, tapi dah transfer ke Feed and Design Verification, Menara Daya Bumi KL. 

Nape boleh stay lama ek? Sebabnya, for the 1st 2 yrs aku sangat2 happy and satisfied dgn keje2 aku di MMHE. Aku boleh buat my own decision w/o any objection from boss. Boleh plan my work and bla bla. Tp yg penting sebab kawan2 yg sekepala. Tu lagi menyenangkan hidup gua.

Oppsss..satu lagi kalu korang nak tahu, kat yard aku focus on piping je, sebab piping engineer kan. Now aku dah terjerumus ke lembah Mechanical pulak, So jadi lah mechanical/piping engineer. Merangkak aku nak kejar apa benda la mechanical ni kan. Banyak package mechanical nak kena handle. Mudah lagi piping sebenarnya. 

Apa2 pun, selama aku di MMHE ni, aku dh ade experience onshore and offshore. Baru lah betul rasa OnG. 

Ade vacancy tak? Kalu ade roger2 aku k. Hahahaha.

Lepas ni plan nak story psl new department aku plk la. Adiosssss.......


Sunday, February 2, 2014

2 Thn di PG



1 Feb 2012 to 1 Feb 2014.



Cukup sudah dua tahun aku stay di Pasir Gudang. Satu jangka masa yang aku pun rasa macam tak percaya dapat bertahan selama macam ni. Macam tak caya je. Macam tak caya je.

Aku duduk PG ni pun sekadar mencari rezeki, Tak ade sedara mara. Yang ada rakan-rakan sekerja dan kawan-kawan serumah. Tapi sebab memang perangai aku yang jarang balik rumah since study lagi. So aku boleh je survive sendiri. Lagi pun bukan duk oversea. Kan kan kan.



Aku sebenarnya tak berhajat pun nak settle down kat PG ni. Aku prefer kat area lembah klang. Walau kat PG ni kos sara hidup die sangat ok, tapi time nak balik kuantan rasa macam jauh pulak. Dah la jarang balik, sekali-sekala balik tu rasa jauh.

Sepanjang duduk sini, alhamdullilah tiada kesusahan yang di tempuhi. Moga Allah terus memberi kesengan untuk aku menempuhi hari-hari mendatang.

Dah..Jom tido.

Jangan lupa baca doa tido.




Sunday, January 26, 2014

CORETAN PERTAMA 2014



Wowowowowowowo...

2014 sudah...Lama sungguh aku tak coret-coret kat sini. Lebih setahun diriku membiarkan laman ini sendirian. Bukan sebab tak de idea, tapi dek masa mencemburui diri ku ini.

Alhamdullilah, akhirnya aku kawen...Dah 5 bulan..Hehehehe..Itu lah yang aku nak share ngan korang. Dalam beberapa bulan lagi..tentera pertama akan di luahkan.

Oit..oit..oit..ingat mudah ke nak kawen ni. Nak kena prepare luar dalam, zahir dan batin. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Sape2 nk mintak tips ke blh la pm aku. Walau x banyak, sikit aku kongsikan. 



Sekarang hidupku PJJ. Pendidikan jarak jauh ke? Bukan la. Perkahwinan jarak jauh. Pnt ooo..Tp demi tanggungjawab aku gagahkan diri juga..I'Allah rezeki untuk tinggal bersama belum lagi. Korang tlg doakan aku dpt kj area lembah klang ni. Kalu ade keje kosong pn blh pm aku k.

Every week aku ade di Shah Alam. Balik tunaikan tanggungjawab.Opsss..yang belum kahwin tu jangan nk salah faham sangat k.

Rutin ku hari2 keje, sabtu ptg gegas balik shah alam, malam ahad balik pasir gudang. Wang macam air. Tapi aku tak fikirkan itu semua, aku yakin Allah ada untuk gantikan semula yang aku dah kuarkan.

Oraite la. Lepas ni aku nak coret2 pasal keje plk. Beberapa hari je lagi genapa 2 tahun aku di MMHE. Company paling lama aku bertahan walaupun macam dah tak tahan. Hahaha.

Salam sayang untuk semua.
KHAI HARUN.


Sunday, January 6, 2013

Apa Dah Jadi Ni

Assalamualaikum.


Welcome welcome welcome 2013. Dah enam hari menjengah ke tahun baru ni. Erm..macam macam la aku dengar azam baru. Layan aku nak azam-azam. Ade azam pun belum tentu buat pun. Nanti cakap je lebih tapi tak buatkan.

Kerja, kerja, kerja. Itu je yang aku buat di Pasir Gudang ni. Bagus juga. Kurang entertainment, kureng la sikit duit di cairkan. Tapi aku tak sangka, inilah company yang paling lama aku bekerja. In Sha Allah sehingga siap Tapis R ni. Resume pun belum update lagi sejak aku d MMHE ni. Maksudnya lama lagi kut aku kat sini. Bukan kata kerja seronok sangat. Tapi sebab lead and boss aku ni jenis yang tidak mengongkong apa-apa decision yang aku buat. Mereka bagi pandangan dan raikan. Bagus kan. Hehehe.

Oo, pada sub contractor aku yng selalu 'kena' dengn aku tu ampun ye. Ikhlas ni. Aku nak kerja jalan je. Kalau keje tak jalan memang tiap-tip hari la kena datang ngadap aku lepas ni. Pada kekawan di engineering yang selalu mendapat email 'karangan' daripada aku sejak akhir-akhir ni pun aku minta maap le. Tapi selagi project jalan, memang ade la email 'karangan' yang korang akan dapat. Macam nak raya pulak minta maaf ni. (pemikiran melayu nak raya baru nk mintak maap kn.hehehe)

Aku pun sekarang ni tak tahu sangat nak tulis apa. Cuma nak wish selamat tahun baru 2013. Tingkatkan amalan pada ALLAH. Barang siapa mengejar akhirat, maka dunia akan mengejarnya. SubhanALLAH.

CHEERS (eh pinjam ayat boss aku ni)

KHAI HARUN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...