Sunday, January 26, 2014

CORETAN PERTAMA 2014



Wowowowowowowo...

2014 sudah...Lama sungguh aku tak coret-coret kat sini. Lebih setahun diriku membiarkan laman ini sendirian. Bukan sebab tak de idea, tapi dek masa mencemburui diri ku ini.

Alhamdullilah, akhirnya aku kawen...Dah 5 bulan..Hehehehe..Itu lah yang aku nak share ngan korang. Dalam beberapa bulan lagi..tentera pertama akan di luahkan.

Oit..oit..oit..ingat mudah ke nak kawen ni. Nak kena prepare luar dalam, zahir dan batin. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Sape2 nk mintak tips ke blh la pm aku. Walau x banyak, sikit aku kongsikan. 



Sekarang hidupku PJJ. Pendidikan jarak jauh ke? Bukan la. Perkahwinan jarak jauh. Pnt ooo..Tp demi tanggungjawab aku gagahkan diri juga..I'Allah rezeki untuk tinggal bersama belum lagi. Korang tlg doakan aku dpt kj area lembah klang ni. Kalu ade keje kosong pn blh pm aku k.

Every week aku ade di Shah Alam. Balik tunaikan tanggungjawab.Opsss..yang belum kahwin tu jangan nk salah faham sangat k.

Rutin ku hari2 keje, sabtu ptg gegas balik shah alam, malam ahad balik pasir gudang. Wang macam air. Tapi aku tak fikirkan itu semua, aku yakin Allah ada untuk gantikan semula yang aku dah kuarkan.

Oraite la. Lepas ni aku nak coret2 pasal keje plk. Beberapa hari je lagi genapa 2 tahun aku di MMHE. Company paling lama aku bertahan walaupun macam dah tak tahan. Hahaha.

Salam sayang untuk semua.
KHAI HARUN.


Sunday, January 6, 2013

Apa Dah Jadi Ni

Assalamualaikum.


Welcome welcome welcome 2013. Dah enam hari menjengah ke tahun baru ni. Erm..macam macam la aku dengar azam baru. Layan aku nak azam-azam. Ade azam pun belum tentu buat pun. Nanti cakap je lebih tapi tak buatkan.

Kerja, kerja, kerja. Itu je yang aku buat di Pasir Gudang ni. Bagus juga. Kurang entertainment, kureng la sikit duit di cairkan. Tapi aku tak sangka, inilah company yang paling lama aku bekerja. In Sha Allah sehingga siap Tapis R ni. Resume pun belum update lagi sejak aku d MMHE ni. Maksudnya lama lagi kut aku kat sini. Bukan kata kerja seronok sangat. Tapi sebab lead and boss aku ni jenis yang tidak mengongkong apa-apa decision yang aku buat. Mereka bagi pandangan dan raikan. Bagus kan. Hehehe.

Oo, pada sub contractor aku yng selalu 'kena' dengn aku tu ampun ye. Ikhlas ni. Aku nak kerja jalan je. Kalau keje tak jalan memang tiap-tip hari la kena datang ngadap aku lepas ni. Pada kekawan di engineering yang selalu mendapat email 'karangan' daripada aku sejak akhir-akhir ni pun aku minta maap le. Tapi selagi project jalan, memang ade la email 'karangan' yang korang akan dapat. Macam nak raya pulak minta maaf ni. (pemikiran melayu nak raya baru nk mintak maap kn.hehehe)

Aku pun sekarang ni tak tahu sangat nak tulis apa. Cuma nak wish selamat tahun baru 2013. Tingkatkan amalan pada ALLAH. Barang siapa mengejar akhirat, maka dunia akan mengejarnya. SubhanALLAH.

CHEERS (eh pinjam ayat boss aku ni)

KHAI HARUN.

Monday, October 8, 2012

Pesanan untuk kita

Assalamualaikum.

Pesanan dari saya.


Jom simpan EMAS

Sunday, September 30, 2012

Akimura Chan & Reimei Chan

Assalamualaikum.

Jumaat malam sabtu yang lepas sempat Zul arrange kan farewell party untuk Akimura Chan & Reimei Chan. Mereka berdua ni aku kenal time nk pergi hiking ke Gunung Kajang yang lalu. Tapi sebab Reimei Chan tak follow aku just rapat dengan Akimura Chan je la.

Start esok Akimura akan mulakan kerjaya baru di company keduanya setelah empat tahun meyambung bidang pengajian di MMHE. Empat tahun beb. Memang patut dah die bergraduasi daripada MMHE. Dah dapat degree kan. Nak tahu die ke mana. Nun jauh di sebuah pulau. Mana? Pulau Indah di Klang. THHE. TH Heavy Engineering. Rupanya die masuk competitor. Gaji boleh tahan masyuk. So sape rasa nak keje THHE, silalah hantar resume ke Akimura HR THHE sendiri.

Reimei? Die pulak berangkat ke consultant. Ke PRW. Masyuk juga kan. Reimei pun almost 4 yrs d MMHE. So kiranya die pun bergraduasi untuk dergree yang kedua la.Reimei aku pun nak masuk sana. Ko tolong adjust se meja untuk aku ye. Tapi aku nak habiskan Tapis R ni dulu.

Apa-apa pun, korang ingat pesanan Zul yang montel tu. "Kerja rajin-rajin. Aku yakin korang boleh. Jangan lupakan kami di sini".

Pesanan aku 'All the BEST bros'


Thursday, September 20, 2012

Oh Manpower

Assalamualaikum.

Masalah manpower makin menjadi semenjak dua menjak ni.

Macam mana la mereka ni nak siapkn keje on time.

Senak kepala hotak aku nak tolong fikirkan. Sampai aku pulak nampak buleh buat biss sapply manpower.

Tak pe.Relax dulu. Kita fikir benda laen je la.

Chow..

Monday, September 17, 2012

Jangan BESAR Kepala

Assalamualaikum.

Aku doakan kita (aku dan semua kawan-kawan) tidak melukakan hati kedua ibu-bapa.

Ye. Aku faham susahnya nak puaskan hati mereka. Begitu juga susahnya mereka nak puaskan hati kita time kecil dulu.

Tapi pesan aku untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Silalah beri perhatian permintaan mereka selagi mereka masih bernyawa.

Ya ALLAH ampunkan dosa aku dan kawan-kawan ku yang laen.

Bagi ibu bapa yang terbaca entry ini, aku cuma berharap sama-sama bersyukur dengan rezeki yg ALLAH kurniakan.

Selamat Malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...