Wednesday, August 18, 2010
Paling Ringkas
Thursday, August 12, 2010
Makan Bosar
Wednesday, August 11, 2010
Puasa as Student
Sunday, July 25, 2010
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak
My Room @ PASA26
0822
13 Syaaban 1431 H / 25 July 2010
- Berniat Sebelum Terbit Fajar
- Bersahur (sunat mengahirkannya)
- Solat Sunat Sebelum Subuh
- Solat Subuh (berjamaah bagi lelaki)
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Sebelum Zuhur
- Solat Zuhur (berjamaah bagi lelaki)
- Solat Sunat Selepas Zuhur
- Solat Sunat Sebelum Asar
- Solat Asar (berjamaah bagi lelaki)
- Doa Sebelum Berbuka
- Menjamu Orang Berbuka Puasa
- Berbuka (sunat menyegerakannya)
- Solat Sunat Sebelum Maghrib
- Solat Maghrib (berjamaah bagi lelaki)
- Solat Sunat Selepas Maghrib
- Solat Sunat Sebelum Isyak
- Solat Isyak (berjamaah bagi lelaki)
- Solat Sunat Selepas Isyak
- Solat Sunat Taraweh
- Solat Sunat Witir
- Solat Sunat Tahajjud
- Majlis Ilmu / Tazkirah
- Sedekah dan Infaq
- Tadarus Al-Qur'an
- Iktikaf di Masjid (khususnya 10 terakhir)
- Istighfar (100 kali)
Friday, July 9, 2010
Selamat Ulang Tahun Sayang
Wednesday, June 23, 2010
Syuhada Marvi Marmara
KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.
Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.
Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:
1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.
2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.
3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.
4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.
5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.
6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.
8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.
9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.'
-Harakahdaily-
khai. M