Sunday, July 25, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

My Room @ PASA26 0822 13 Syaaban 1431 H / 25 July 2010
Assalamualaikum w.b.t Ramadhan penghulu segala bulan bakal kunjungi kita lagi, InsyaALLAH. Aku menadah sepuluh jari mengucapkan syukur pada NYA kerana memberi sekali lagi peluang untuk berjumpa dengan bulan yang penuh limpah rezeki daripadaNYA. Tidak sabar untuk mendapat segala ganjaran-ganjaran yang cukup besar yang di hadiahkan oleh ALLAH kepada hamba NYA ini dalam bulan tersebut. Ya ALLAH, aku bersyukur padaMU. Aku coretkan sedikit amalan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan.
  1. Berniat Sebelum Terbit Fajar
  2. Bersahur (sunat mengahirkannya)
  3. Solat Sunat Sebelum Subuh
  4. Solat Subuh (berjamaah bagi lelaki)
  5. Solat Sunat Dhuha
  6. Solat Sunat Sebelum Zuhur
  7. Solat Zuhur (berjamaah bagi lelaki)
  8. Solat Sunat Selepas Zuhur
  9. Solat Sunat Sebelum Asar
  10. Solat Asar (berjamaah bagi lelaki)
  11. Doa Sebelum Berbuka
  12. Menjamu Orang Berbuka Puasa
  13. Berbuka (sunat menyegerakannya)
  14. Solat Sunat Sebelum Maghrib
  15. Solat Maghrib (berjamaah bagi lelaki)
  16. Solat Sunat Selepas Maghrib
  17. Solat Sunat Sebelum Isyak
  18. Solat Isyak (berjamaah bagi lelaki)
  19. Solat Sunat Selepas Isyak
  20. Solat Sunat Taraweh
  21. Solat Sunat Witir
  22. Solat Sunat Tahajjud
  23. Majlis Ilmu / Tazkirah
  24. Sedekah dan Infaq
  25. Tadarus Al-Qur'an
  26. Iktikaf di Masjid (khususnya 10 terakhir)
  27. Istighfar (100 kali)
credit : Ust Hazmi bin Dibok Al-Hafiz (www.hazmidibok.blogspot.com) -khai.M-

Friday, July 9, 2010

Selamat Ulang Tahun Sayang

My Room @ PASA 0733 27 Rajab 1431 H / 9 July 2010
Assalamualaikum w.b.t Selamat ulang tahun sayang. Siapa sayang? Diri sendiri le. 6 July yang lalu birthday aku yang ke 2*? Siapa tahu. Mesti ramai yang tahu kan. Aku rakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan dan taulan yang begitu ramai wish birthday pada aku. Either via handphone atau FB. Sampai aku tak menang tangan nak reply msg kalian. Terima kasih aku ucapkan. Happy birthday khai !!! khai. M

Wednesday, June 23, 2010

Syuhada Marvi Marmara

My Room @ PBI 1852 11 Rajab 1431 H / 23 June 2010 Assalamualaikum w.b.t

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.

4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.

8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.

9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.'

-Harakahdaily-

khai. M

Monday, June 21, 2010

KE 17

My Room @ PBI 0954 09 Rajab 1431 H / 21 June 2010 Assalamualaikum w.b.t
Anak Pertama: Muhammad Redho
Alhamdullilah, hampir 24 jam berada di Kuantan Medical Center, akhirnya kak ku (CT Khatijah Hj Harun) berjaya melahirkan seorang lagi baby boy. Masuk yang ini, dah 2 orang anak beliau. Semuanya lelaki. Rezeki ALLAH kurniakan. Ini merupakan anak saudara ku yang ke 17. Wah besarnya famili. Semoga CT terus berbahagia bersama keluarga hingga akhir hayat.
khai. M

Friday, June 18, 2010

Hangat VS Tak Hangat

My Room @ PBI 0710 06 Rajab 1431 H / 18 June 2010 Assalamualaikum w.b.t.
Hangat..memang hangat. Ye la mana tidaknya, cuaca la ni memang panas. Dunia sudah tua. Sudah hampir mencapai masa. Dengan tindakan tangan manusia-manusia durjana. Menghakis hak milik bumi dan alam semester. Akhirnya, beginilah jadinya. Hangat..memang hangat. Pusingan akhir World Cup 2010 semakin hangat, bagi aku ada dua keputusan luar jangkaan aku (jangkaan ja.bukan judi ok.judi still haram). Swiss kalahkan Spain dan terbaru Mexico kalahkan France. Time Swiss kalahkan Spain memang aku tengok dari awal sampai akhir. Perlawanan memang best. Tapi nasib ja Swiss dapat gol tersebut. Aku bukan penyokong Swiss atau Spain. Semalam France vs Mexico aku tak larat mahu tonton, perjalanan 13 jam Kangar-KL-Kuantan memang memenatkan. Team yang aku sokong juga hebat. Go! Go! German. Yang tak hangat. SUKMA di Melaka langsung tak hangat. Tenggelaman dengan dua kehangatan yang aku dah bagi tahu tadi. Aku rasa korang pun tak follow sangat 'tragedi-tragedi' yang berlaku di Melaka. Bukan tak nak support, tapi aku rasa mereka silap buat time keadaan memang hangat ni. EPL pun habiskan awal daripada World Cup, mereka pulak buat time ni. Good Luck la bro! khai. M

Saturday, June 12, 2010

Dah Mula

My Room @ PBI 1.01 am 29 Jamadilakhir 1431 H / 12 June 2010 Assalamualaikum w.b.t
Wan: Dah mula hoi orang kampung. PL: Apa yang dah mula? Wan: World Cup la Pak Lebai. PL: Ish. Patut ler aku nengok ramey orang-orang duk bersakan d mamak tadi. Wan: Iye ler. Pak Lebai x nengok? PL : Tak pun. Esok dan hari seterusnya kompen ler subuh tinggal aku ngan Imam aja di Surau. khai. M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...