Saturday, May 2, 2009

MT CHEST 2006/2007

Chemical Engineering Society (CHEST). Kalau di UMP ini tidak lagi aku perlu perkenalkan. Bahkan universiti lain juga semakin mengenali CHEST (u yang ada cos chemical ja la). Kepimpinan dan kepesatan aktiviti yang telah dijadualkan sepanjang sepenggal kepimpinan menjadi ikutan persatuan dan kelab lain di UMP. Tidak melampau jika aku katakan persatuan lain terutamanya persatuan fakulti sememangnya mencemburui CHEST. Mudah sahaja untuk berjaya dalam memimpin persatuan ini. Kaedahnya copy, paste and edit (CPE). Aku kira CPE ini selalu juga diamalkan oleh mahasiswa kita. Jadi dalam kepimpinan, kita copy apa yang kepimpinan yang sebelum ini buat, kita paste dengan laksanakan atau jalankan aktiviti tersebut dan akhir kita edit berdasarkan keadaan semasa dan pandangan pelbagai pihak yang telah kita ambil sebelum jalankan sesuatu aktiviti atau program. Itu sahaja. Maknanya jangan abaikan kaedah ini. Setiap pemimpin mempunyai gaya kepimpinan tersendiri. Itu sememangnya tidak dinafikan. Sama seperti memimpin negara. Tun Mahathir, Tun Abdullah masing-masing juga mempunyai stail tersendiri. CPE hanyalah pada kesinambungan program yang dijalankan. Bukan pada stail kepimpinan anda. Bukan aku ingin bercerita mengenai kepimpinan. Entry ini khas untuk Majlis Tertinggi CHEST 2006/2007 yang aku amat kasihi. Bermula apabila aku di mohon rakan-rakan seperjuangan untuk masuk pemilihan Majlis Tertinggi CHEST 2006/2007. Aku menolak kerana azam aku untuk degree hanyalah menumpukan pada academic dan debat. Namun dek pujukan mereka aku tewas. Untuk membantu CHEST mengekalkan penguasaan sebagai persatuan terbaik aku menerima cabaran tersebut. Sambil lewa aku mengisi borang dan akhirnya aku di sahkan sebagai calun untuk pemilihan tersebut. Malam manifesto seperti biasa dijalankan di astaka. Dua orang sahaja yang aku benar-benar kenal diantara calun tersebut. Ini kerana mereka semua junior aku. Aku hanya kenal Afifi Zainal dan Yapau Abd Rahim. Mereka berdua ialah rakan sekelas. Calun lain aku tidak beberapa fimiliar. Namun aku masih ingat janji mereka ketika manifesto, Tuff mahukan sukan CHEST dipertingkatkan. Beliau mahu sediakan jersi untuk CHEST. Yop dan Chot, dua rakyat kedah ini mahu bawakan CHEST menggapai bintang. Zul, lupa pulak. Tiba-tiba blank. Buku yang aku tulis manifesto mereka masih ada, cuma aku sudah angkat barang pulang ke rumah. Tapi malam itu aku masih ingat siapa yang ada. BKG - Tuff, Azam, Matt Denk dan Busu BKC - Aku, Pujah, Mughi, Yapau, Afifi, Azimah, Joo Ann, Huda, Chot, Reza dan Yop BKB - Intan dan Zul Kerusi diperuntukan hanya 15 sahaja. Maka ada 2 diantara kami yang kecundang. Keesokan harinya, undi secara manual dijalankan. Pa'an selaku SPR CHEST seperti biasa menjalankan tugasnya dengan cekap dengan dibantu dengan beberapa rakan setugas yang bukan mantan MT. Malam pengumuman di buat. Aku memang biasa-biasa sahaja. Tidak mengharapkan kemenangan. Sebab kebanyakan pengundi adalah dikalangan junior. Aku tidak beberapa kenal dengan mereka. Tambahan saat pemilihan, final exzam akan tiba. Maka ketika itu sibuk juga untuk kami menghabiskan test 2 dan sebagainya. Daripada tempat ke 15, Pa'an sebuatkn nama. Namun nama aku tidak langsung muncul. Masuk top 5 nama aku masih belum disebut. Aku fikir, hore, aku kecundang. Tidak perlu untuk aku pikul amanah. Kata Pa'an 'tempat kedua lelaki', aku pandang sekeliling, aku seorang sahaja lelaki yang tinggal. Mohd Khairul Afizan bin Harun. Undian tertinggi, Mahfuzah Mansor. Rupanya aku ditempat kedua, tertinggal 1 undi dibelakang Pujah. Selang beberapa hari, terjumpa Pujah di cafe. 'Krul, awak jadi presiden la ye'. Tanpa banyak bicara, aku on sahaja. Apabila berada setinggi itu, aku terus tukar 360 darjah semua pemikiran. Aku yakin, aku akan terbeban. Jadi aku telah mind set minda untuk terima apa sahaja. Masih ingatkah kalian semua. Meeting pertama aku panggil, namun CHEST belum ada bilik. Kami meeting sahaja di bawaha payung putih. Maka sekalian jemaah menteri dan kabinet baharu berjaya dibentuk hasil muzakrah tersebut. (aku nak panggil payung demokrsi boleh..hehhe). Sepenggal kepimpinan, banyak suka dan duka terjadi. Kena marah dan tegur oleh aku menjadi perkara biasa oleh kalian semua. Namun teguran kalian juga aku ambil kira. Aku bersyukur mendapat MT yang begitu komited dalam menjalankan amanah. Paling penting aku senantiasa ingatkan untuk tunaikan janji menifesto mereka. Setinggi ucapan tahniah dan syabas kerana berjaya kita untuk menjadi pasukan dan kepimpinan yang mantap dalam mentadbir CHEST. Sekalung apresiasi juga aku tujukan buat sekretariat MT yang bertungkus lumus membantu kami mengekalkan CHEST ke arah lebih CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG. Pujah, Mughi, Zul, Afifi, Yop, Reza, Intan, Matt, Azam, Busu, Chot, Yapau dan Tuff, aku amat menghargai kalian semua. Ingatlah. aku akan cuba untuk kumpulkan kita semua suatu hari nanti. InsyaALLAH.
khai. M

rahsia pendapatan lumayan

mahukan duit tetap, anda mampu lakukannya

Friday, May 1, 2009

Catatan Hari-hari Akhir

Seorang demi seorang rakan-rakan seperjuangan meninggalkan bumi UMP. Tempat segala perit jerih dilalui selama 4 sehingga 6 tahun. Baru sahaja beberapa minit yang lepas, roomaate aku, Afifi Zainal meninggalkan taman ilmu ini. Semalam Boolat, Yaya, Aainaa, Fariz, Fat, Syahir, Atiq, Yapau dan beberapa rakan yang lain juga meninggalkan UMP. Pagi tadi teman study merangkap Eksekutif Kewangan BEST Pja, pulang ke kampung halaman bersama abangnya. Rakan-rakan yang lain akan menyusul dalam hari ini atau esok dan hari yang akan datang. Tapi sekarang tidak ramai yang tinggal. Blok I semakin sunyi. Sebelum ini blok ini menempatkan mahasiswa tahun empat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Meriah, kecoh, gelak tawa dan sebagainya. Mungkin suasana ini biasa sahaja. Namun bagi aku, ia sedikit berbeza dengn cuti-cuti sebelum ini. Kali ini kami belum pasti bila akan berjumpa. Paling awal boleh berkumpul bersama hanayalah pada konvo yang akan datang. Kata pihak pengurusan 3 Oktober 2009. Kenapa aku masih disini? Aku ingin memberi tugas terakhir kepada UMP. Aku akan menjadi urusetia bagi program Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS). Kali ini akan diadakan di Kelantan. Detik-detik akhir ini aku cuba untuk abadikan dengan sebaik mungkin keran aku sendiri belum pasti cukupkah umur aku untuk bersama rakan-rakan yang lain. Beberapa saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun ini pelbagai perkara boleh berlaku. Aku juga ingin semakin rapat dengan MAHA PENCIPTA. Aku ucapkan terima kasih kepada semua. May ALLAH bless us. khai. M

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Wednesday, April 29, 2009

Bulu Mata

Diceritakan pada Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijebloskan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata.'' kredit:isuhangat khai. M

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Monday, April 27, 2009

Sekali Lagi

MAJLIS TAHLIL & KERAIAN K03 28 APRIL 2009 8.30 MALAM LALUAN BLOK X & Y SEMUA WARGA K03 DIJEMPUT HADIR pakaian : baju kebangsaan Malaysia p/s: kepada yang nak sedekahkan makanan pada malam tersebut sangat dialu-alukan.

Sunday, April 26, 2009

Terakhir

Usia semakin pendek. Jam ditangan terus berputar. Meninggalkan perkara yang paling jauh untuk kita kejar. Dan tidak mungkin kita akan dapat mencapainya kembali. Masa. Masa terus berlalu. Saat berganti minit. Minit berganti jam. Jam berganti hari. Hari berganti minggu. Minggu berganti tahun. Akhirnya, kita akan pergi jua.
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa Hilang dimata tapi dihati jangan lupa Berdoalah kita pada tuhan yang berkuasa Semoga berjumpa pula dilain masa

Pertemuan Kita Di Suatu Hari Menitiskan Ukhwah Yang Sejati Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi Dugaan Yang Menimpa Diri Bersabarlah Di Atas Suratan Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu Dalam Mendidikkan Kesabaranku Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini. Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu Menjadi Ingatan Setiap Waktu Tanda Kemesraan Bersimpul Padu Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

khai. M

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Tuesday, April 21, 2009

7 Hari Berlalu

Hari ini, genap 7 hari UMP dilanda krisis air. Jika krisis ini tidak melangkau ke angka 2 minggu, maka krisis kali ini adalah yang kedua teruk selepas krisis pada semester 2 tahun 2006. Krisis ketika itu menjangkau masa selama 2 minggu lebih. Dalam situasi yang sama, iaitu musim peeriksaan akhir. Betapa gigihnya mahasiswa UMP ketika itu untuk mencari air bagi membersihkan badan dan membuang hajat. Memang perit untuk ditelan. Mungkin bagi rakan-rakan yang sudah grade, kenangan itu tinggalkan memori yang tidak dapat dilupakan. Ketika itu aku dan paker(roomate ketika itu, dah grade), yang tinggal di aras C1 201, terpaksa untuk mengangkut air dari puncanya yang hanya 'cukup-cukup makan' sahaja. Penat memang terasa, tapi bagi meneruskan kelangsungan hidup di UMP, segalanya akan dilakukan. Tapi kadang-kadang seronok juga, sebab macam pesta, kesana-sini, mesti ada yang membawa baldi. Tidak kira masa dan ketika. Lelaki dan wanita. Mandi beramai-ramai seperti di asrama sekolah dulu kala (lelaki di asrama lelaki, bukan campur). Malas juga untuk aku bercerita. Tapi yang pasti, esok 1st paper untuk aku yang di tahun akhir ini. Mood tiada. Tapi aku kuatkan semangat juga. Dengan berita si dia. Tersentap juga. Ya ALLAH, kekalkan semangat khai untuk terus belajar dan berusaha. Amenn.
TitleMAKLUMAN TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR
Message

Assalamualaikum,

Dimaklumkan bahawa bekalan air sehingga kini masih lagi terputus. Pihak JPPH turut menjalankan siasatan bersama dengan JBA di Loji Air Lepar Hilir. Hasil siasatan mendapati bahawa paip air dari loji ke UMP tiada masalah. Pihak JBA baru sahaja mengenalpasti punca masalah di loji iaitu pada 'outlet' tangki di Lepar Hilir. Buat masa ini JBA sedang berusaha mengatasi masalah ini dan dijangka siap pada keesokan harinya.

Diharap semua pihak dapat bersabar dan BERJIMAT dalam menggunakan air yang dibekalkan melalui lori tangki. Sama-samalah kita BERDOA agar masalah daripada JBA ini dapat diselesaikan dengan segera. Dalam kita menangani masalah air ini JANGAN kita lupa kepadaNya. INSYAALLAHmudah-mudahan semuanya selesai.

KESULITAN AMAT DIKESALI

Sekian.

khai. M

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...