Sunday, July 17, 2011

Student ber'CIUM'


17 July 2011
16 Syaaban 1432 H


Assalamualaikum w.b.t

Korang rasa student sedang buat apa?
1- Tolong kawan lelaki yang nak jatuh tingkap.
2- Buat assignment sains bab pertama tingkatan 3.
3- Tak tersengaja, sebab kaki tersadung



Lu pikir la sendiri.

Credit : OH

Khai. M

New Dean of FKKSA, UMP

 
 
17 July 2011
16 Syaaban 1432 H

Assalamualaikum w.b.t

Congratulation to all warga FKKSA, UMP.



p/s: dalam laman FKKSA belum updated.

Khai. M 

Bard say bye bye bye

17 July 2011

16 Syaaban 1423 H

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua kengkawan.

Kali ni nak story pasal bye bye bye.

Namanya Badrul Bistaman. Siap ada special entry lagi untuk beliau ni. Beliau ni rakan aku ketika aku di MIR Valve dulu. Sape yang pernah kerja di MIR Valve pasti akan kenal sama ini mamat la.


Beliau antara insan paling lama di MV. Banyak juga aku belajar Valve dengan Bad ni. Selama ini beliau hanya memerhatikan kengkawan yang lain datang dan pergi di MV. Tapi, alhamdullilah kali ini rezeki anak, beliau akhirnya dapat menimba pengalam di tempat baru pula.

Good luck bad. Jangan teruskan kerja gila-gila ko di tempat baru. Semoga menjadi bapa yang berjaya dunia dan akhirat.

Walaupun aku tidak berada di MV, tapi rasa macam tak best pulak kalau tak da Bad di Engineering Depart. Eh..macam mana pula aku yang rasa. Sebab tanpa dia, Engineering Depart. pasti sunyi.


Khai. M 

Sunday, July 10, 2011

Jeng Jeng Jeng

10 July 2011
9 Syaaban 1423 H

Assalamualaikum w.b.t

Jeng3..lamanya aku tak menulis.

Owh..sudah lebih daripada sebulan. Tak pa lah nak buat macam mana. Tak ada mood. Bukan setakat aku tak menulis. Laman ikut suka aku pun aku tak jenguk. Punya la malas. Tetiba ada mood, lalu aku pun menulis.

1) Pra - Ramadhan.

Ye.ye.ye. Ramadhan dah nak datang. Barang di ingat bagi kengkawan wanita or ladys.cepat-cepat gantikan puasa last Ramadhan yang belum sempurna. Bagi aku dan kengkawan yang lelaki ni. harap puasa tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. 

Tahun lepas ketika Ramdhan, aku masih dalam probition, Ramadhan tahun ini pun sama, aku dalam probition kembali. Faham-faham lah kalau dalam probition, cuti susah sikit la. Kecewa kejap.

2) 6 July

Tanggal 6 July lepas ialah birthday boy. Birthday siapa? Birthday aku la. Thanks kepada semua kengkawan yang wish either via hp atau di muka buku. Aku doakan kalian sentiasa dirahmati ALLAH selalu. Ameen.

BTW, ada 3 lagi my sis yang birthday dalam bulan July. 
1 July : CT
2 July : Along
19 July: Kak Dah.

Happy birthday to all of you. Luve you so much. Muahhh.

3) 1 July

Date lagi. Date apa pula ni. Ha. kalau kengkawang nak tahu, 1 July lepas genaplah setahun aku bekerja d Shah Alam. Dalam masa setahun ni dah 2 company aku bekerja. Alhamdullilah, aku dapat bekerja dalam industri oil & gas. 10 bulan pertama aku berkerja buat Ball Valve. Sekarang aku buat Safety Valve pula. 
Safety Valve ni ngam sikit la dengan aku. Sebab final presentation time aku ambil sijil instrumentation di Pasir Gudang dulu memang aku buat PSV dan dapat best group presentation. 

4) Lagi.lagi

Tak dah yang lagi-lagi. Cuma aku nak wish Tahniah kepada kengkawan yang turun untuk walk for democracy -BERSIH 2.0- 

Chow...

Khai. M


Sunday, June 5, 2011

CAR

5 Jun 2011
3 Rejab 1432 H

Assalamualaikum w.b.t

Untuk makluman MT Alumni UMP.

Figure 1: Depan

Figure 2: Belakang



-khai. M-



Saturday, June 4, 2011

REJAB

4 Jun 2011
2 Rejab 1432 H

Assalamualaikum w.b.t

Tinggal lebih kurang dua bulan sahaja lagi kita bakal bertemu kembali dengan penghulu/ketua segala bulan, iaitu tak lain dan tak bukan ialah Ramadhan Al-Mubarak. Jika kita benar-benar menghayati bulan Ramadhan yang barakah ini, sebenarnya ia sangat mendidik dan mendisiplinkan diri kita semua. JOM kita membuat kebaikan atau dengan ayat mudahnya, kita melatih diri dengan perkara kebaikan dengan menambah amalan ibadah seperti berpuasa sunat, bertahajjud dan amala-amalan sunat yang lain. Kira bulan Rejab ni as a Pre-Ramdhan la.

Pra-Ramadhan ini akan dapat membantu diri kita agar benar-benar bersedia dalam mengharungi sebulan mendatang dalam bulan yang ALLAH buat untuk hambanya beramal soleh. Analoginya macam kita semua nak duduki SPM la. Kita pasti akan duduki trial dulu. Daripada result trial kita akan tahu damana kelemahan subject tertentu dan kita baiki untuk dapat markah yang lebih tinggi. Jadi Pra-Ramdhan pun begitulah. Kita melatih dan meperbaiki diri agar dapat menjalankan tanggungjawag nanti dengan lebih sempurna. 

Jom aku kongsi dengan korang semua.



REJAB bulan menabur benih. 
SYAABAN bulan menyiram tanaman. 
RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. 
SYAABAN menyucikan hatinya. 
RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. 
SYAABAN bulan muhibbah. 
RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

1. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

2.Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

3. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
4. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. 

5. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

6. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

7. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

8 Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

9. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL


-khai. M-


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...