Friday, December 10, 2010

JANJI MEREKA



My Laptop @ TSMSS25
2313
4 Muharram 142 H / 10 Dec 2010



Assalamualaikum w.b.t

Kalau di akhbar arus perdana memang tak akan berjumpa sudah pasal isu-isu harga ni. Pelikan. Mana pergi rasa simpati mereka terhadap rakyat jelata. Yang miskin terus papa, yang susah tidak terbela, yang kaya berjaga-jaga sebab takut harta di hilang sekelip mata.

Kerajaan selalu berjanji itu dan ini. Hari ini berjanji tak akan naik tarif elektrik. Kita tengok sampai bila kerajaan nak cakap tak serupa bikin. 

Pelikan. Macam boleh menteri-menteri terbabit seolah-olah bagi jaminan barangan keperluan ini tidak akan naik harga.

1. Adakah mereka ini tidak buat kerja?
2. Adakah mereka ini sibuk berpolitik semata?
3. Adakah sebab yang buat research orang lain, beliau sekadar baca report.
4. Kerana memang tak ambil tahu pun sebenarnya pasal permasalahan rakyat.

Mungkin terlambat untuk aku bercerita pasal barang-barang naik harga ni. Tapi sengaja aku nak kasi tahu pada semua aku memang tidak puas hati dengan pentadbiran sekarang. Setakat aku ingat, dah dua kali harga naik diam-diam. Kenapa? Mereka semua perlu jawab.

Tengok sahaja berita di bawah. Apa janji menteri terbabit. Bukan paper 3 tahun lepas. Paper tahun ni. Tapi, naik juga. Lidah bercabang dan cakap tak serupa bikin. Panas !!!. Sorry aku tak edit pun pic ni. Aku ambil dari blog mana entah. Sorry la ya.

So korang semua. Apa lagi. UBAH SEKARANG !!!




~khai. M~

Saturday, December 4, 2010

Empat (4) Sekawan

28 Zulhijjah 1431H/4 December 2010 1206 My Room @ PBIK
Assalamualaikum w.b.t Memang menarik dan hangat berita yang keluar hari ini. Pasal 4 sekawan yang yang tiba-tiba harganya naik. Memang benar slogan yang dilaung-laungkan dalam 1 Malaysia.
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN
Maka pada pemahaman aku, hari semua rakyat telah didahulukan untuk merasai kenaikan yang tidak seiring dengan pendapatan masing-masing. Sebenarnya mahu sahaja aku membuat anlisa berkitan kenaikan harga 4 sekawan ini sejak daripada zaman Pak Lah sehingga zaman Najib.
Tapi aku tidak menyimpan data-data berkenaan. Harap aku akan berjumpa dengan data berkenaan untuk membuat analisa lengkap. Nak tengok macam mana seksa nya aku sebagai penduduk Malaysia yang dipenuhi dengan kekayaan sendiri. Mari kita server kata-kata orang yang berkenaan: Bagus jawapan beliau kan? Kalau nak cari dalam utusan meloya dengan berita hairan memang tidak menjadi tajuk utama la. Aku rasa macam tak lama dah kerajaan sekarang ni.
~khai. M~

Thursday, December 2, 2010

PENDEK

My PC @ MV 1830 26 Zul Hijjah 1431 H / 2 Dec 2010 Assalamualaikum w.b.t
December
Dah masuk bulan december rupanya. Bulan terakhir dalam rutin kitaran tahun masihi. Cepatkan masa berlalu. Mean dah masuk bulan ke 6 aku bekerja d company. Syukran Ya ALLAH.
Pilihan Raya
Signal PRU dah PM berikan. Sebab sebelum ni pun pernah kalau tak silap aku UMNO 'drag' pemilihan mereka sebab ada PRU. Nantikan kejutan daripada PM Malaysia.
AIR
Ahad ini 5 Dec 2010, moh kita ramai-ramai pakat turun ke masjid negara. Hantar memo pada KDYM Agung. Kita semua mesti dapatkan semula perkara asas dalam kehidupan kita. Baik ahli UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA, MIC, AKIM ke semua pakat turun sebab jangan tipu diri sendiri. Korang semua guna air tiap-tiap hari. Tak kan korang nak bagi satu keturunan sahaja untung. Kita patut sama-sama untung.
~khai. M~

Wednesday, November 24, 2010

Valve 1

18 Zulhijjah 1431H/24 November 2010 2248 My Room @ TSM SS25 ____________________________________________________________________
Assalamualaikum w.b.t Edisi Ilmu. Sebab aku kerja di kilang buat Valve. Jadi aku kongsi lah berkaitan valve disini. Valve merupakan satu alat (device) yang biasa digunakan untuk mengawal berkenaan pergerakan seperti pengaliran minyak, gas, air dan sebagainya. Valve di dalam BM dipanggil Injap (mcm xsedapkan). Valve penting dalam industri pada hari ini. Kebanyakan indsutri menggunakan valve terutamanya dalam industri oil & gas. Valve akan mengawal pergerakan aliran bendalir di dala paip yang disambungkan. Valve terbahagi kepada banyak jenis. Antaranya: Ball Valve Gate Valve Butterfly Valve Globe Valve Check Valve Floating Valve Emergency Shut Down Valve dan lain-lain. Cukup setakat ini sahaja dahulu. Sukar untuk aku menaip dalam BM benda alah ni semua. Sebab ada term-term yang tak sesuai. Aku sambung lagi nanti. Adios.
~khai.M~

Monday, November 22, 2010

R

16 Zulhijjah 1431H/22 November 2010 2300 My Room @ TSM SS25 ____________________________________________________________________ Assalamualaikum w.b.t
Bila dah kerja, politik kerja pun bermula. Kalau kita buat tak tahu tak boleh. Nak ambil tahu rasa meluat. Al-kisah la, ada sorang pakcik ni. Aku namakan R. Ciri-ciri beliau: Nama : R Jawatan : Kuli Je Department : Bukan Engineering Tugas Hakiki : Mengampu semua Boss Ciri-ciri Istimewa : Banyak Songeh & Suka cari pasal. Pengajaran: 1. Inilah sifat Melayu, mengampu no 1. Apa yang dia dapat pun aku tak tahu. Bila la Melayu nak berubah. 2. Kalau mengampu nak naikn diri sendiri tak pa la. Ini semua orang dia nak salahkan. Dia sorang ja cerdik dan pandai buat kerja. Tapi setiap soalan yang dia tanya aku, ada dalam data sheet. Itulah mengampu pandai, baca malas. Alahai pakcik. 3. Jangan lah nak tunjuk alim time nak mengampu tu. Tak da maknanya kalau nak sebut2 nama ALLAH sambil ampu-ampu. Tak berkat juga. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya sendiri. p/s: kalau ada yang baca dan terasa, jangan ambil hati. Ini wa punya laman peribadi. So ikut suka la nak taip apa-apa. -khai. M-

Sunday, November 7, 2010

Ego Lelaki

1 ZulHijjah 1431 H/10 November 2010 0813 My Room @ TSM SS25
Assalamualaikum w.b.t Hello brother. Lu fikir sikit pasal maruah famili orang lain. Lu jangan fikir lu punya ego ja. Lu ingat lu buat onar macam tu, lu puas hati. Lu ingat lu buat macam tu lu dapat apa? Lu orang ni lain kali fikir pakai KEPALA OTAK. Jangan fikir pakai KEPALA LUTUT atau lain-lain kepala yang tak patut lu orang guna. Kata business man, perkara kecil macam molekul-molekul yang tak nampak pun lu orang tak boleh selesaikan? HAMPEH. Gua kecewa sama lu orang. No MORE RESPECT gua pada lu dua orang. Lu fikir la, lu belajar agama. Dua dua ada background agama, IMAN yang lu ada, lu letak mana. Sebab lu simpan bawah kereta ke bawah karpet di rumah lu orang? Lu orang bikin gua pulak jadi panas. Nasib sebab benda ni dunia punya hal. Lu jangan ingat lu orang punya EGO ja. Gua dan gua punya famili pun ada maruah k. Pesanan dari aku. Lu orang ingat la, benda ni semua kecil punya hal, dunia punya cerita. Lu setel elok-elok la. Perangai lu orang ni macam budak-budak kecik sekolah rendah. Balik la semula pasa basic kehidupan. Aku tujuan untuk buat business. Apa tujuan kita bekerluarga. Kalau cari harta dunia sampai macam ni sampai bila-bila rezeki tak datang. Walaupun lu orang 'ustaz', aku nak juga pesan dengan ayat-ayat berikut: Firman ALLAH: "Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan inagatlah, ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik" - Ali Imran: 134 Firman ALLAH: "Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa ALLAH mengampuni mu? - An Nur: 21 Firman ALLAH: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menajadi fasik, maka) amat buruklah sebutan nama fasik kepada seseorang sesudah dia beriman dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat, maka merekalah orang-orang yang zalim" - Al Hujarat: 11 -khai. M-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...