9 Syawal 1431 H/21 September 2010
1208
My Room @ PASA
Assalamualaikum w.b.t.
Ini adalah cubaan aku. Tolonglah bagi komen. Just nak compare dan gabung-gabung mana yang patut dengan yang mamat buat.
Thanks.
-khai. M-
Tuesday, September 21, 2010
Stiker Alumni
9 Syawal 1431 H/21 September 2010
1208
My Room @ PASA
Assalamualaikum w.b.t.
Ini adalah cubaan aku. Tolonglah bagi komen. Just nak compare dan gabung-gabung mana yang patut dengan yang mamat buat.
Thanks.
-khai. M-
Tag:
Alumni
Thursday, September 9, 2010
Memang lain
1 Syawal 1431 H/10 September 2010
0118
My Room @ PBIK
Assalamualaikum w.b.t.
Mesti kita semua pun biasa pulang ke kampung masing-masing untuk bertemu ibu-bapa dan adik beradik yang lain. Walaupun 100x kali pun kita semua balik ke kampung halaman masing-masing, balik time raya macam ni tetap rasa bezanya.
1) Rumah riuh rendah dengan adik beradik dan anak sedara yang ramai. Memang wajib la pekik memekik. Dengan dak-dak ni kalau buat baik-baik x makan saman.
2) Kampung hingaq. Mercun tembak menembak sana-sini. Kampung sini akan lawan dengan kampung sebelah. Lawan mana yang lagi kuat. Yang jadi pekak. kami la penduduk setempat. Tapi xpa. satu malam ja.
3) Makanan memang banyak gila di dapur rumah. Memang x lapaq la. Pi ja dapoq, memang buleh aja nk makan apa-apa pun. Memang best.
4) Gether dengan member-member. La ni masing-masing dengan sibuk bekerja. So kalau bukan time raya ni, x bertemu la kita semua. Lagi-lagi yang dah kawin, memang susah nak jumpa. Tapi time idulfitri, alhamdullilah, insyallah boleh bertemu.
5) Tapi soalan ni memang dah start la pakcik-pakcik surau duk tanya aku. 'Dah keje ni, bila lagi nak kawin, dah ade calon?'..Ha3 dan macam biasa aku jawab. 'X dak lagi, tapi kalau pakcik ada boleh le kenalkan. He3.
Orait lah..aku ucapkan Salam Idulfitri untuk rakan-rakan semua. Maaf zahir dan batin.
-khai. M-
Tag:
Eidulfitri,
My Famili,
Pasal Aku
Wednesday, August 18, 2010
Diari Sepi
8 Ramadhan 1431 H/18 August 2010
2200
My Room @ PASA26
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Daniel berdiri di balkoni tingkat 17 apartment mewahnya. Matanya tajam memerhati limpah lampu neon yang menerangi gelap malam Kota Metropolis Kuala Lumpur. Tajam matanya seolah-olah dapat meneroboh ke setiap lapisan bangunan pencakar langit berhampiran apartmentnya. Nafasnya berdengus kencang. Dada berdentum-dentum. Bagai guruh dan petir saling sambung menyambung. Berita pagi tadi benar-benar mencabar ego lelakinya. Egonya dipermainkan. Egonya dibola-bolakan. Egonya dibulu tangkiskan. Egonya dilayak habis-habisan.
"AAAAAAAArrrrrrrrrrrrrrrggggggggggggg", Daniel menjerit sekuat hatinya melepaskan geram sambil dinding balkoni ditumbuk berkali-kali dengan sekuat hati. Nasib baik rakan serumahnya masih belum pulang daripada pejabat. Tumbukan seperti orang hilang akal sebentar tadi barulah terasa sakitnya. Buku limanya tangan kirinya terasa pejar dan panas. Darah merah pekat mengalir laju. Daniel terkejut. Darah terus menjijis di balkoni tersebut. Namun kerana masih dengan egonya, dia biarkan sahaja.
"Astagfirullahalazim". Tiba-tiba Daniel seperti tersedar. Tidak. Dia bukan bermimpi. Tapi dia tersedar daripada hasutan amuk dan amarah. Dia diamuk perasaan cemas, lekas dia dia berlari ke bilik air. Membasuh kesan luka dan membalutnya dengan tuala basah. Daniel berlari ke dapur dan menyolongkar first aid yang ditempatkan bersebelahan sinki. Dituang Iodin keatas lukanya. "ffffuuhhh, ppppeedihh". Jarinya kuning. Dibanlutnya pula dengan bandage.
Daniel mengambil mop di dalam stor untuk membersihkan titisan darah mudanya di balkoni dan dinding luar. Sambil mengemop, fikirannya ligat berputar dan berpusing. Mencari jawapan kenapa semua ini terjadi. Namun fikiranya buntu. Tumpul seperti belakang parang. Dia pening.
Selesai membersihkan ruangan luar, Daniel menghempaskan badan tegapnya di sofa, sambil menghemburkan sebuah keluhan berat. Nafas kasar seorang lelaki dari lubuk jiwa paling dalam. "Aku mesti tetapkan keputusan", Suara hatinya memberi arahan. Tanganya berdenyut-denyut. Matanya semakin kuyup. Penat dan mengantuk seharian memikirkan untuk membuat keputusan.
~~~bersambung~~~
-khai.M-
Tag:
Hibur Hati,
Novel,
Pasal Aku
Paling Ringkas
8 Ramadhan 2431H/ 18 Ogos 2010
My Room @ PASAS26
1221
Assalamualaikum w.b.t
Kenapa?
Jadi bagaimana?
Bila?
Penyelesaiannya?
-khai. M-
Tag:
Hibur Hati,
Pasal Aku
Thursday, August 12, 2010
Makan Bosar
My Room @ PASA26
0645
2 Ramadhan 2431H/ 12 Ogos 2010
Assalamualaikum w.b.t
Erm..baru dua hari puasa dah cerita pasal makan. Mesti ramai yang time ni sudah berkira-kira juadah berbuka pada petang ini.
Aku nak bagi resepi? Tidak, aku cuma mahu story pasal makan-makan yang di anjurkan oleh Engineering Department. Dua hari sebelum Ramdhan Al-Mubarak, kami semua makan bagai nak gila. Katonyo orang nogori panggil mantai. Apa, bantai? Ha itu yang aku tak tahu lagi. Kena tanya Abg Zul, Design Engineer Actuator yang berjanggut panjang.
9 Ogos 2010 kami makan besar di Seksyen 7, Cafe Nasi Arab. Memang masyuk habis. 18 orang termasuk boss aku Mr. Philip & Vice President Engineering pun join sekali. Memang mantai habis. Masing-masing order nasi beriani + kambing, kebab kambing dan semua menu-menu yang berkaitan kambing. Tapi aku. sebab tak makan kambing, ayam juga lah jadi pilihan. Terlupa nak ambil gambar dek selera sangat. So semua sekali RM 141.00. Macam biasa senior-senior aku la yang membayar. Aku goyang kaki n kenyang perut.
10 Ogos 2010. Makan-makan kali ini patutnya di buat pada 11 Ogos 2010. Tapi sebab bermulanya 1 Ramadhan jadi dianjakan awal sehari. Sebenarnya 11hb birthday office mate, KL Chuah. Macam biasa la, Engineering department, birthday boy kena belanja rakan rakan yang lain. Hari ni kami pergi jauh sikit. R & R Awan Biru di tepi Highway Kesas. 3 kali tol. Restoran Ayam Kampung Awan Biru. Macam biasa seronok sangat makan, aku terlupa ambil gambar lagi. Memang masyuk habis tengok member aku makan. Aku kenyang sangat. Sampai Mr. Philip ask me, Khai, are you ok? Beliau nampak aku kekenyangan agaknya atau beliau takut aku dah tak larat nak buat kerja. Kah3. Hari ni RM 142.00. Lebih RM 1 daripada semalam. Macam biasa KL Chuah dan senior aku la yang bayar makan.
Habis dua hari makan bosar. 11 Ogos 2010 mula kita berpuasa. Terima kasih senior-senior office ku. Selamat berpuasa.
-khai. M-
Wednesday, August 11, 2010
Puasa as Student
My Room @ PASA26
0706
1 Ramadhan 2431H/ 11 Ogos 2010
Assalamualaikum w.b.t
Susah benar untuk aku coretkan dan conteng di laman ini. Bukan aku tidak mahu, bukan idea tidak ada. Semua cukup belaka. Namun ada sesuatu yang mengatasi semua itu. Tapi biarkan rahsia.
Berbicara dengan Ramadhan yang mulia. Tidak ada kenangan yang kelakar dan lawak boleh aku sot-set sot-set kan dengan kawan-kawan semua. Tapi aku tidak lupa, kenangan 6 tahun aku bergelar mahasiswa. Cukup indah untuk di kenang.
Aku kini rindukan ramadhan bersama rakan-rakan di universiti. Kenapa? Hanya jauhari yang mengenal manikam. Masalahnya manikam puasa ka.? Ha3.
Kawan-kawan ku sekalian, walau aku tidak menghubungi kamu semua, saat manis di bulan ramadhan tetap aku ingat sampai bila-bila.
Untuk sahabat-sahabat baik ku, Yaya, Pja & Fariz, adakah tahun ini sempat untuk kita berbuka bersama & buat aktiviti gila-gila? Aku rindukan saat itu.
-khai. M-
Tag:
Hibur Hati,
Member,
Ntah Apa-Apa,
Pasal Aku
Subscribe to:
Posts (Atom)