Siapalah kita untuk meninggalkan hukum ALLAH yang satu ini.Siapalah kita untuk melawan dengan tidak menjalankan kewajiban tersebut.Siapalah kita yang terlalu banyak alasan untuk menunaikannya.Siapalah kita yang suka melengah-lengahkan perkara wajib ini.
KATA Saidina Umar, sesiapa memelihara solat dan tetap mengerjakannya bererti dia memelihara agamanya dan sesiapa yang mensia-siakannya ia mensia-siakan kewajipan agama yang lain.
Jika diibaratkan dengan jasad manusia, kedudukannya ialah kepala. Orang yang tidak berkepala tidak akan hidup, demikian juga tidak akan hidup agama bagi orang yang tidak mengerjakan solat.
Dalam kitab at-Tanwir, Sidi Ahmad bin Ata’illah berkata: Solat amatlah besar kemuliaannya dan keadaannya di sisi Allah amatlah berat. Kerana itu Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.”
Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai amalan paling mulia, katanya: “(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.”
Baginda juga bersabda maksudnya: “Orang yang mengerjakan solat adalah ia bermunajat (mengadap dan merayu) kepada Tuhannya.”
Perintah terhadap solat dan gesaan supaya memeliharanya banyak dijelaskan dalam al-Quran. Sudah pasti dengan perintah itu, tiada sesiapa dapat menyangkal kewajipan mengerjakannya, walau dalam keadaan apa sekalipun.
Antaranya terkandung dalam surah al-Baqarah, maksudnya: “Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu, khasnya solat Wusta (solat Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk.” (al-Baqarah:238)
Solat lima waktu mesti dikerjakan setiap Muslim yang cukup syaratnya, baik lelaki mahupun perempuan, tua dan muda.
Tidak mampu berdiri kerana uzur, dikerjakan dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu lagi, dalam keadaan baring, malah jika masih tidak mampu dengan isyarat.
Perutusan sempena penerimaan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-6
Bagi pihak seluruh Rakyat Malaysia, pertama sekali saya merakamkan rasa penghargaan dan ucapkan terima kasih kepada YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi atas sumbangan khidmat cemerlang sepanjang 31 tahun kepada negara. Begitulah juga komitmen YABhg. Tun dalam pengukuhan demokrasi dan institusi penting dalam negara, serta teladan kepemimpinan yang cukup berhikmah.
Secara peribadi, saya amat berterima kasih atas keyakinan YABhg. Tun Abdullah menamakan saya sebagai penggantinya. Saya juga merakamkan ucapan junjungan kasih setinggi-tingginya atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong melantik saya sebagai Perdana Menteri dalam istiadat mengangkat sumpah jawatan pagi tadi.
Dengan penuh rasa tawaduk dan kerendahan hati, saya menerima amanah tanggungjawab ini untuk berkhidmat kepada Rakyat dan Negara.
Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk rakyat. Semua ini lahir hasil dari inspirasi dan dorongan serta suri teladan Allahyarham Ayahanda saya.
Memang saya tersentuh dan terpanggil untuk meneruskan agenda besar kerajaan untuk membasmi kemiskinan, menstrukturkan semula masyarakat Malaysia, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua, serta meniupkan semangat sebuah generasi baru untuk menumpah khidmat kepada Malaysia.
Justeru itulah, sepanjang khidmat awam saya, pentingnya aspek keberhasilan sentiasa ditekankan. Sama ada melalui kemudahan yang lebih selesa bagi para pendidik, meningkatkan kualiti hidup para perwira tanah air, mahupun dalam memperkasakan ekonomi bagi memelihara kesejahteraan rakyat di saat kita menghadapi cabaran ekonomi global.
Dalam waktu terdekat ini, saya akan bertukar-tukar pendapat dengan pelbagai lapisan pemimpin masyarakat dari seluruh negara dalam menentukan keutamaan kerajaan.
Dalam hal ini, saya amat menyedari bahawa kita perlu mengambil manfaat dari kejayaan kini dan beriktibar pula dengan pengajaran masa lalu.
Pada asasnya, kepimpinan yang bakal diwujudkan wajar membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru, demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat.
Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional. Kita akan rapatkan hubungan Rakyat dan Kerajaan dari dikelirukan dan diperdaya oleh permainan muslihat politik.
Dalam hal ini, potensi golongan anak muda akan kita bangunkan setinggi-tingginya. Kita percaya merekalah generasi pewaris bakal pendidik, doktor, peguam, akauntan, saintis, jurutera, tokoh perniagaan, cerdik pandai dan saf pemimpin masa depan.
Maka dengan itu, pada hari yang bersejarah ini saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagiDUAsurat khabar serta membebaskanTIGA BELAStahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISAberkuat kuasa serta-merta. Proses kajian semula terhadapAkta ISAakan juga dimulakan.
Saya sedar sudah tepat masanya kita mengambil langkah-langkah demikian untuk mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap pihak yang berwajib atas soal keselamatan negara serta mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman-ancaman yang dianggap merbahaya dan munasabah. Kementerian Dalam Negeri akan memberikan butir-butir selanjutnya selepas ini.
Atas segalanya, saya menyedari bahawa sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi setiap warga.
Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita. Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia.
Dengan ini saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat Negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.
Saya panjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya terus dikurniakan kekuatan, kemudahan serta hikmah dalam menjalankan amanah besar ini.
Dengan izin Allah jua, marilah kita memulakan langkah perjalanan hebat ini - bersama sama.
PEMAKLUMAN GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK DI SELURUH KAMPUS UMP
Message
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Notis Gangguan bekalan elektrik
Adalah dimaklumkan gangguan bekalan elektrik akan terganggu di seluruh Kampus UMP oleh pihak TNB. Ia adalah untuk tujuan penyelenggaraan dan meningkatkan keupayaan bekalan daripada pihak TNB.
Bekalan elektrik akan terganggu pada :-
Tarikh : 1 April 2009 (Rabu)
Waktu : 9 pagi - 5 petang.
Dengan ini saya menyarankan supaya semua peralatan makmal samada voltan rendah / peralatan makmal voltan tinggi (3 fasa) supaya dimatikan bekalan terlebih dahulu sebelum bekalan utama dari pihak TNB dimatikan supaya tidak berlaku kerosakan pada peralatan tersebut.
Sebarang kesulitan yang mungkin timbul disebabkan gangguan ini adalah dikesalkan.
URL
http://
Posted by
MOHD TAHAR BIN HUSIN
Warga UMP di April Fool?
Pelik bukan. Bukan seorang, dua orang, tiga orang, empat orang, tapi hampir 4000 ribu warga UMP di April Fool. betul ke.?
Ini pandangan aku sebaik sahaja kejadian yang di warwarkan pada 1 April 2009 ini tidak pun berlaku sebenarnya. Buat pertama kali aku rasa dalam dunia ini, ramai orang marah sebab ada elektrik. Biasanya orang ramai akan marah ketika terputus bekalan elektrik, namun sebaliknya berlaku di UMP.
Apa yang menjadikan kami semakin hangin apabila semua kerja-kerja yang sepatutnya sudah disiapkan minggu ini tertangauh ke minggu hadapan. Perkara tertangguh :
7 April 2009
2nd Test Mechanic
8 April 2009
Plant Design Final Presentation
10 April 2009
Taklimat LI
+
Report Plant Design + Thesis PSM + Quiz Environmet + Reprot IPBL + Basic Lab
Mostly perkara-perkara ini sudah dapat diselesaikan jika kami tidak di April Fool oleh kejadian yang tidak sepatutnya berlaku.
Hari-hari terakhir ini bertambah perit dengan suasana tekanan yang melampau.
[entry ini terlewat dek sibuk dengan kerja lain dan mood menulis yang tidak timbul di hati]